ANUGERAH SENI NEGARA
Seniman Negara Pertama (1993)
HAMZAH AWANG AMAT
Beliau merupakan tokoh Wayang Kulit Kelantan yang dilahirkan pada tahun 1940 di Kg. Kebakat, Tumpat, Kelantan. Memandangkan bapanya adalah seorang pemuzik Wayang Kulit maka bakatnya telah bermula seawal umur 6 tahun. Kebolehan dan bakat beliau mecakupi aspek perdalangan, pembuatan dan pemain alat muzik, pembuatan Wayang Kulit dan berbagai aspek genre Wayang Kulit. Sepanjang penglibatannya dalam persembahan Wayang Kulit, beliau banyak membuat persembahan ke seluruh negara dan di luar negara termasuk di Perancis, Itali, Monaco, Switzerland, Belanda, Yugoslavia dan Jerman Barat. Keterampilan dan ketokohannya dalam mengetengahkan teater tradisional Wayang Kulit membolehkan beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Seniman Negara yang pertama pada tahun 1993. Negara kehilangan tokoh wayang kulit ini apabila beliau meninggal dunia pada tanggal 1 Januari 2001.










