Perutusan KP

Perutusan Ketua Pengarah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia dan rahmat-Nya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) berjaya mewujudkan laman sesawang Pemetaan Budaya yang bertujuan untuk berkongsi maklumat berkaitan seni budaya dengan setiap lapisan masyarakat. Pewujudan laman sesawang ini merupakan satu usaha transformasi pihak JKKN melalui Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam mengaplikasikan media baharu selaras dengan kemajuan teknologi terkini.

Menjadi hasrat JKKN untuk mewujudkan sebuah pusat pengumpulan data dan sebagai permulaan, tiga (3) kategori maklumat dikumpulkan dan dimuatkan dalam laman sesawang ini iaitu Seni Persembahan, Makanan Tradisional dan Permainan Tradisional. Pastinya pada masa akan datang akan ada penambahan kategori baharu yang bukan sahaja dilihat daripada aspek Seni Persembahan, Makanan Tradisional dan Permainan Tradisional malah akan turut merangkumi maklumat berkaitan Adat Resam, Kemudahan Prasarana dan Tokoh/Aktivis Seni.

JKKN komited dengan usaha pewujudan pangkalan data ini dan proses pengumpulan maklumat masih berterusan dengan kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada 14 JKKN Negeri. Setiap informasi terkini yang diperoleh akan sentiasa dikemaskini dan ditambah baik dari semasa ke semasa.

Akhir kata, adalah diharapkan agar usaha JKKN ini menjadi sebahagian pemangkin transformasi dalam mempergiatkan usaha penyebarluasan dan perkongsian maklumat seni, budaya dan warisan negara. Semoga laman sesawang ini boleh menjadi salah satu sumber rujukan dan panduan kepada individu, organisasi, pencinta dan penggiat seni yang berhajat untuk mendapatkan maklumat berkaitan seni warisan tanah air.

“Semarakkan Seni Budaya Bangsa”

 

Tan Sri Norliza Rofli
Ketua Pengarah JKKN

Assalamualaikum and Salam 1Malaysia,

All praises to Allah S.W.T. for only with His blessings and grace, the National Department for Culture and Arts (JKKN) has been able to successfully establish this Cultural Mapping website. The purpose of this website is to make information on Malaysian traditional arts and culture available to the general public. With that in sight, this transformation task has been undertaken by the Research and Development (R&D) Branch of JKKN by utilizing applications of new media and latest technological development.

It is JKKN’s intent to build this website as a database. Therefore, as a start, information of THREE (3) main categories such as Performing Arts, Traditional Food and Traditional Games are collected and uploaded on the site. In near future, information on other new category such as Traditional Customs, Infrastructure Facilities and Figures/Activist of Arts will also be included.

JKKN committed to the development of this central database. The data collection process is still ongoing and has been supported with enthusiasms and undivided commitment from JKKN’s 14 state branches. Thus, this would enable information on the site to be consistently updated from time to time.

At last but not least, it is my utmost hope that this initiative by JKKN will be a part of the transformation catalysts in the overall efforts to spread and share information on our national arts and cultural heritage. May this website be one of the indispensable reference and guide to individuals and organizations of interest, art lovers and practitioners alike.

“Semarakkan Seni Budaya Bangsa”

 

Tan Sri Norliza Rofli
Director General of JKKN