Loading...
Pengenalan, Latar Belakang & Objektif 2018-01-05T18:46:22+00:00

PENGENALAN
Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam Pemetaan Budaya (Cultural Mapping) bertujuan untuk mewujudkan pangkalan data seni budaya dan warisan termasuk data berkaitan pelancongan yang komprehensif serta memperluaskan untuk kegunaan masyarakat khususnya generasi muda termasuk pelancong.

INTRODUCTION
The Cultural Mapping (Pemetaan Budaya), under the Transformation Initiative of Public Services, is developed in order to create a comprehensive database of Heritage and Cultural Arts as well as Tourism. This website is hoped to benefit the community, especially youths as well as tourists at large.

LATAR BELAKANG
Program Pemetaan Budaya (Cultural Mapping) merupakan program di bawah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) untuk merekod, mendokumentasi, melakar landskap budaya khususnya dalam bidang seni persembahan, makanan tradisional, permainan tradisional, adat resam, tokoh seni dan budaya tempatan serta prasarana seni persembahan . Semasa bengkel Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam anjuran pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah mencadangkan penjenamaan program Pemetaan Budaya kepada Program Pemetaan Pelancongan Budaya (Cultural Tourism Mapping). Pihak Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (KPK) memutuskan untuk mengekalkan program Pemetaan Budaya (Cultural Mapping) sebagai salah satu Inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam KPK yang akan meningkatkan kolaborasi antara agensi dan sektor di bawah KPK dengan kementerian – kementerian lain yang berkenaan.

BACKGROUND
The program of Cultural Mapping (Pemetaan Budaya) is introduced by the National Department of Culture and Arts to record, to document and to construct the cultural landscape especially the fields of performing arts, traditional cuisines, traditional games, customs, local arts and culture prominent figures well as the performing arts infrastructure.

It was during the workshop ‘Transformation Initiative of Public Services’ organised by the Public Services Department, when the National Department of Culture and Arts suggested the rebranding of Cultural Mapping to Cultural Tourism Mapping.

However, the Ministry of Tourism and Culture Malaysia decided that the program of Cultural Mapping should be maintained and continued as it would be a good platform to increase the collaborations among agencies and sectors, under the Ministry of Tourism and Culture Malaysia, with other ministries, at large.

OBJEKTIF
Program ini bertujuan untuk mengumpul dan mendokumentasikan maklumat berkaitan seni budaya, warisan dan pelancongan seluruh negara dalam bentuk penulisan, imej pegun dan video. Seterusnya, ia juga merupakan Inisiatif untuk merekod dan melakarkan landskap seni budaya negara untuk pengguna sektor kebudayaan, kesenian dan pelancongan. Selain itu, pelaksanaan program ini juga dapat memudahkan kecapaian kepada pengguna khususnya pelajar, penyelidik, pengkaji dan masyarakat untuk meningkatkan pengetahuan seni budaya, warisan dan pelancongan.

OBJECTIVES

  • To collect information related to Cultural Arts, Heritage and Tourism, nationwide, and to document in the forms of writings, videos and pictures.
  • To record and to construct the overviews of Cultural Arts Landscape that benefit end users from all sectors.
  • To enhance the accessibility of information for students, researchers and societies.