TEMPE

TEMPE 2017-11-13T01:46:14+00:00

Project Description

Tempe adalah makanan yang berasaskan kacang soya yang popular dalam kalangan masyarakat Jawa di Johor. Proses penapaian memberikan tempe banyak zat dan komponen rasa yang tidak terdapat dalam tauhu. Sebagai contoh, ia mempunyai rasa yang lebih kuat dan tekstur yang lebih keras berbanding tauhu. Proses pembuatan tempe bermula dengan kacang soya mentah yang dilembutkan atau dihancurkan. Kemudian ditambahkan bersama cuka dan sejenis kulat yang dipanggil Rhizopus Oligosporus. Kacang soya tersebut kemudiannya diratakan dalam lapisan nipis dan dibiarkan selama 24 jam pada suhu sekitar 30°C (86°F). Makanan ini biasanya digoreng dan dihidangkan bersama sajian yang lain seperti pecal ayam atau ikan bilis.

 

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


JKKN JOHOR
Aras 6 Kiri, Wisma PERKESO
No 26, Jln Susur 5
Off Jalan Tun Abdul Razak, Larkin
80200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Tel : 07-224 8270 Fax : 07-223 9413