TARIAN CHINGAY

TARIAN CHINGAY 2017-12-04T22:01:38+00:00

Project Description

Chingay yang berasal dari China telah menjadi satu keistimewaan di Pulau Pinang. Perarakan Chingay memaparkan kemahiran membawa dan mengimbang bendera yang berwarna-warni.Perarakan Chingay yang pertama di Pulau Pinang diadakan pada tahun 1919 dalam sambutan Hari Kelahiran Dewa-dewa Penyayang yang dianjurkan oleh Pedagang Pasar dan lain-lain komuniti Cina . Perarakan ini membawa tokong dewa Penyayang dan bendera chingay sepanjang 40 kaki dan mengililingi George Town untuk mengelakkan wabak yang berlaku ketika itu. Perarakan Chingay kedua diadakan pada tahun 1926 dalam sambutan kelahiran Dewa Pemurah. Perarakan Chingay ketiga diadakan pada 1957 bagi menyambut ulangtahun Majlis Bandaraya George Town. Bagaimanapun menjelang beberapa tahun perarakan Chingay berubah daripada tujuan asal kepada promosi pelancongan. Dalam tahun 1966 bandaraya GeorgeTown menganjurkan perayaan Pesta Pulau Pinang bagi mempromosikan pelancongan. Kali ini perarakan Chingay bukan sahaja mengandungi bendera Chingay tetapi juga tarian singa dan tarian naga.

Chingay memainkan peranan penting untuk menarik pelancong-pelancong khususnya dari luar negara melawat ke Pulau Pinang. Acara mengimbang bendera Chingay yang bersaiz 40 kaki tinggi dan bendera tiga segi sekurang-kurangnya saiz 25 x 15 kaki diikat pada tiang kayu sepanjang 40 kaki begitu menarik dan mengagumkan.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


Encik Oh Tong Keong
Persatuan Chingay Malaysia Utara
No.1 Jalan Selendang
11600 Pulau Pinang
(Daerah Timur Laut)
Tel : 012-4829126