TARIAN BHARATA NATYAM

TARIAN BHARATA NATYAM 2017-12-04T22:00:26+00:00

Project Description

Tarian Bharata Natyam merupakan salah satu gaya tarian klasik India. Tarian klasik Bharata Natyam merupakan salah satu tarian yang penuh dengan tradisi, yang mana untuk menguasainya perlu mengambil masa bertahun-tahun kerana terdapat pelbagai gerakan tangan, kaki dan mata yang harus dipelajari demi untuk mempersembahkan tarian warisan lama yang dihormati ini secara lengkap, penuh dengan kegemilangan. Tarian ini berasal daripada wilayah Tamil Naidu di bahagian Selatan India. Secara tradisionalnya, tarian ini di persembahkan secara solo oleh seorang penari wanita. Suatu persembahan yang lengkap dalam tarian ini merangkumi enam peringkat di kenali sebagai Alarippu, Jatiswaram, Sabdam, Varnam, Padam dan Thillana. Peringkat-peringkat ini menggabungkan elemen Nritta atau tarian tulen dan Nritya ( Tarian Ekspressi ).

Kebudayaan India telahpun wujud selama beribu tahun dahulu. Dengan itu, kebudayaan India sangat kaya dengan berbagai jenis tarian suku kaum India.Tarian India boleh dibahagikan kepada gaya klasik dan gaya tradisional. Daripada tujuh gaya klasiknya yang paling dikenali adalah Bharata Natyam, Odissi, Mohiniattam, Khatak, Kathakali, Kuchupuddi dan Manipuri. Tarian itu banyak bersandarkan unsur keagamaan Hindu dan cerita daripada tulisan purba Sanskrit Natyashastra. Bharata Natyam ialah “seni bercerita”, dari sifat asalnya yang merupakan ekspresi menghambakan diri kepada tuhan-tuhan Hindu.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


Encik Shangar
Kumpulan Natana Fine Arts
36 Tingkat Berani 2,
Jalan Mohd Saad
12300 Butterworth
(Daerah Seberang Perai Utara)
Tel : 012-4867747