MUZIK TUMBUK KALANG

MUZIK TUMBUK KALANG 2017-12-04T22:43:11+00:00

Project Description

Di kalangan masyarakat petani dan pesawah, mereka menganggap musim berpesta ialah musim menuai padi. Pada ketika ini anggota masyarakat bergembira kerana mendapat hasil daripada titik peluh yang telah dicurahkan di sawah ladang selama ini. Sudah menjadi kebiasaan setiap kali musim menuai padi menjelang tiba, mereka akan mengadakan temasya mengemping padi yang dimeriahkan dengan permainan tumbuk kalang. Kerap kali permainan Tumbuk Kalang diadakan dari satu rumah ke satu rumah dan memakan masa beberapa malam. Alat – alat muzik yang mengiringi persembahan seperti Caklempong, Jidur, Gong, Tumbuk Kalang, Rebana dan Conga.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-767 6793/763 6308