MUZIK DIKIR REBANA

MUZIK DIKIR REBANA 2017-12-04T22:36:30+00:00

Project Description

Ia biasa dipanggil dengan berbagai – bagai nama seperti Dikir Arak atau pun Arak Dikir. Perkataan Dikir ini besar kemungkinannya berasal daripada perkataan Arab iaitu Zikir yang bermakna mengingat atau memuji Allah. Ini bertepatan sekali dengan seni kata yang digunakan di dalam Dikir Rebana ini. Kebanyakannya dari bahasa Arab yang dipetik dari Kitab Berzanji yang kebanyakan isinya memuji kebesaran Allah dan Rasulnya. Di Negeri Sembilan khususnya di daerah Rembau, Dikir Rebana selalu dipersembahkan dalam bentuk nyanyian beramai – ramai yang diiringi oleh beberapa buah gendang yang dipanggil rebana yang dimainkan dengan pukulan – pukulan yang tertentu, biasanya untuk memeriahkan dan mengarak pengantin malah untuk mengarak pembesar – pembesar yang datang berkunjung ke sesuatu tempat.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-767 6793/763 6308