MUZIK CAKLEMPONG

MUZIK CAKLEMPONG 2017-12-04T22:35:40+00:00

Project Description

Muzik tradisional caklempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang menetap di Negeri Sembilan seawal kurun ke-14. Masyarakat Minangkabau memanggil caklempong sebagai taklempong. Di dalam tradisi terdahulu, selain daripada tujuan untuk berhibur, caklempong turut memainkan peranan penting di dalam kehidupan seharian masyarakat Minang seperti menyatupadukan penduduk setempat. Caklempong dimainkan semasa upacara pertabalan Yang Dipertuan Besar . Caklempong dijadikan sebagai muzik iringan dan dimainkan untuk pelbagai tujuan antaranya ialah upacara perkahwinan, perasmian, keraian, muzik iringan pencak silat, tarian dan sebagainya. Muzik caklempong kini telah diterima oleh masyarakat majmuk di Malaysia sebagai muzik warisan bangsa milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak lagi hanya tertumpu di Negeri Sembilan sahaja malah, muzik caklempong telah diajar di institut perguruan seluruh negara dengan tujuan untuk mengetahui salasilah dan asal usul muzik tersebut selain menyemai semangat kecintaan kepada muzik tradisional di Malaysia.

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI :


Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, N. Sembilan
Kompleks JKKN Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-767 6793/763 6308