Uji bakat penari JKKN 3 dan 12 Feb

SEREMBAN – Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan menubuhkan kumpulan penari tunas harapan mulai tahun ini dalam usaha untuk mewujudkan kumpulan penari pelapis muda yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Pengarahnya, Mohamed Adnan Hamzah berkata, sehubungan itu jabatan akan mengadakan uji bakat bagi pemilihan penari pada 3 dan 12 Feb ini.

"Uji bakat ini akan diadakan di Taman Budaya Negeri, Jalan Sungai Ujong di sini mulai pukul 10 pagi hingga 4 petang,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, uji bakat ini terbuka kepada budak lelaki dan perempuan yang berumur 8 hingga 11 tahun.

Katanya lagi, mereka yang mempunyai bakat atau asas dalam bidang tarian, berketrampilan dan berpersonaliti menarik adalah dipelawa untuk menyertai uji bakat tersebut. – Bernama

Akhbar: 
Kosmo
Publish date: 
Wednesday, February 2, 2011