Tuan Hj. Mesran bin Mohd Yusop
Ketua Pengarah


Pejabat Ketua Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 34, Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel     : 03-2614 8226
Faks  : 03-2697 0786
E-mel : mesran[at]jkkn.gov.my


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayah dan keizinan-Nya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), yang merupakan jabatan di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia telah berjaya menaiktaraf laman sesawang jabatan, selari dengan inisiatif Transformasi Digital JKKN.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada pelayar laman sesawang JKKN yang merupakan salah satu saluran media komunikasi yang paling berkesan untuk mendapatkan maklumat seni budaya serta memahami objektif, fungsi dan peranan JKKN dalam menyemarakkan dan melestarikan seni budaya.

JKKN telah melaksanakan pelbagai program yang merupakan salah satu inisiatif jabatan dalam mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan seni budaya dalam kehidupan serta memupuk semangat perpaduan antara kaum. Program-program yang dilaksanakan juga sebahagian daripada medium pembangunan modal insan kearah melahirkan masyarakat yang mengamalkan budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam membentuk perpaduan dan keharmonian.

Penularan wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia termasuk Malaysia, bagaimanapun telah memberi kesan terhadap perancangan dan pelaksanaan program-program JKKN secara fizikal. Justeru, JKKN mengambil langkah proaktif dengan merancang program-program secara digital yang bersesuaian selari dengan keadaan semasa negara.

JKKN telah mengaplikasikan kemudahan teknologi komunikasi digital merangkumi pelbagai saluran termasuk media sosial dan laman sesawang jabatan yang boleh diakses secara global. Laman sesawang JKKN diharap dapat menjadi wadah utama dalam menyebarluaskan maklumat, ilmu, dan menyampaikan aktiviti-aktiviti terkini yang dilaksanakan oleh JKKN.

Saya bagi pihak jabatan amat mengalu-alukan pandangan serta maklum balas daripada pengunjung laman sesawang JKKN dalam usaha menambahbaik mutu perkhidmatan demi kepentingan masyarakat dan negara.

Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada semua warga JKKN yang telah memberikan sepenuh komitmen dalam menjayakan pelbagai program/ aktiviti yang telah dirancang oleh jabatan dan kementerian.

Sekian, terima kasih.

HAJI MESRAN BIN MOHD. YUSOP
Ketua Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

Salehhuddin b. Md Salleh
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan)

Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan)
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 34, Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel     : 03-2614 8332
Faks  : 03-2697 0875
E-mel : salehhuddin[at]jkkn.gov.my

PERANAN KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)

Peneraju perubahan melalui penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Agensi dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional, Pelan Strategik Agensi dan ISP Sektor Awam;

Melaksana dan menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global;

Menyelaras penggalakan pembudayaan ICT dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam; dan

Melaksana dan menyelaras inovasi Kerajaan Elektronik, infrastruktur dan keselamatan ICT.

Tuan Hj. Mesran bin Mohd Yusop
Ketua Pengarah


Pejabat Ketua Pengarah
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 34, Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel      : 03-2614 8226
Faks   : 03-2697 0786
E-mel : mesran[at]jkkn.gov.my

Salehhuddin b. Md Salleh
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan)

Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Perancangan)
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 34, Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel      : 03-2614 8332
Faks   : 03-2697 0875
E-mel  : salehhuddin[at]jkkn.gov.my

Mohd Amran bin Mohd Haris
Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan & Kesenian)


Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Kebudayaan & Kesenian)
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 30, Lot 1001, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur
Tel      : 03-2614 8337
Faks   : 03-2697 0754
E-mel : amran[at]jkkn.gov.my

Bermula tahun 1953, Bahagian Kebudayaan ditubuhkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri bertujuan untuk mengukuhkan Kebudayaan Kebangsaan dalam membangunkan sosio-ekonomi dan pemupukan nilai-nilai murni.

Bahagian Kebudayaan ini berperanan untuk merangka dasar pembangunan kebudayaan, merancang, menyelaras dan mengurus program kebudayaan. Ia dilakukan dengan cara memelihara perpaduan dan kebudayaan kebangsaan agar intipati dan aspirasinya sentiasa dihargai melali pengayatan serta amalan berterusan.

Pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan diletakkan di bawah Kementerian Penerangan pada tahun tersebut. Kementerian Penerangan dan Penyiaran Bersama dengan Kementerian Kebudayaan dan Kebajikan Masyarakat telah mengemukakan cadangan untuk membina Pusat Kebudayaan Negara Malaysia. Cadangan asalnya, Kompleks Kebudayaan ini bakal merangkumi beberapa komponen lain seperti Muzium Sejarah Negara, Balai Seni Lukis Negara, Planetarium Negara, Panggung Utama, Restoran dan Pusat Membeli Belah Budaya. Tapak Pembinaan pula didirikan di sekitar Lembah Pantai berdekatan Pusat Penyiaran Malaysia dan Universiti Malaya.

Bahagian Kebudayaan diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada tahun 1972 dan pada 20 Mei 1987, kerajaan telah menggabungkan Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada masa itu dengan Perbadanan Kemajuan Pelancongan Malaysia di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian yang seterusnya dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan.

Bermula pada 22 Oktober 1992, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan ini telah bertukar nama dan lebih dikenali sebagai Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan dan telah beroperasi di Pusat Dagangan dunia Putra (PWTC) sehingga pembentukan Kabinet baharu oleh YAB Perdana Menteri pada 01 November 2003.

Dengan pembentukan Kabinet baharu oleh YAB Perdana Menteri, hal-hal yang bersangkutan dengan Kesenian dan Budaya diletakkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia manakala hal-hal berkaitan aspek pelancongan diletakkan di bawah Kementerian Pelancongan Malaysia.

Semasa pembentukan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia, Bahagian Pembangunan Kesenian dan Kebudayaan masih kekal dengan statusnya sebagai sebuah bahagian di bawah Kementerian sehinggalah arahan dari YB Menteri supaya usul dilakukan oleh pihak Kementerian bagi penubuhan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan juga Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri.

Bahagian Pembangunan Kesenian dan Kebudayaan telah menyediakan kertas cadangan penubuhan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan juga Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri-Negeri. Pada bulan November 2004 pembentangan kertas cadangan penubuhan Jabatan dibuat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam.

Pada 15 Mac 2005 Bahagian Pembangunan Kebudayaan dan Kesenian menerima Waran Perjawatan Bil.S/20 tahun 2005 bertarikh 22 Mac 2005. Dengan penerimaan Waran Perjawatan berkenaan maka tertubuhlah dengan rasminya Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri-Negeri.

Kemudian, melalui Waran Perjawatan Bil. S40 yang bertarikh 1 Februari 2007 pula, pengwujudan satu lagi bahagian baru di JKKN iaitu Bahagian Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan yang bertujuan membolehkan JKKN berfungsi dengan lebih baik dalam urusan perancangan dan penyelidikan seni dan budaya. Menjelang 18 Mac 2008, JKKN dipindah naungan dan diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan, Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KPKKW). Pada April 2009, JKKN bernaung pula di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). Selama empat tahun di bawah KPKK, pada 16 Mei 2013, JKKN menjadi satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang kini dikenali sebagai Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya.

  • Tahun 1953 : Bahagian Kebudayaan ditubuhkan di bawah Kementerian Kebajikan Masyarakat
  • Tahun 1964 : Bahagian Kebudayaan diletakkan di Kementerian Penerangan
  • Tahun 1972 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan
  • Tahun 1987 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
  • Tahun 1992 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan
  • Tahun 2004 : Bahagian Kebudayaan di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KEKKWA)
  • 22 Mac 2005 : Di naik taraf kepada JKKN ( Waran bil. S20 Tahun 2005)
  • 1 Feb 2007 : Pewujudan bahagian baru iaitu bahagian perancangan , penyelidikan dan pembangunan ( waran bil.S40 tahun 2007)
  • 18 Mac 2008 : JKKN sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan (KPKKW)
  • April 2009 : JKKN bernaung di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).
  • Mulai 16 Mei 2013, JKKN menjadi satu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.
  • Pada 2 Julai 2018, Kementerian ini telah dinamakan semula sebagai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentukan kabinet selepas pilihanraya umum yang ke-14.

Visi.

Peneraju Seni Budaya dalam mendukung Seni untuk Seni, Seni untuk perpaduan dan Seni Budaya untuk Penjanaan Pendapatan kepada pemain industri ke arah pembentukan jati diri dan kesejahteraan masyarakat.

Misi.

  • Memantapkan usaha memulihara, mengekal, mengembang dan menyemarak seni budaya warisan Negara;
  • Menggembleng elemen seni budaya untuk meningkatkan jati diri, kesejahteraan dan perpaduan Negara;
  • Menggalakkan aktiviti seni budaya yang inovatif bagi meningkatkan pendapatan pemain industri; dan
  • Menyumbang kepada pertumbuhan aktiviti pelancongan budaya.

OBJEKTIF JABATAN

  • Mengekal dan mengembangkan kebudayaan dan kesenian.
  • Menggalakkan pertumbuhan aktiviti seni budaya di pelbagai lapisan melalui kerjasama berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan kemudahan prasarana seni dan budaya yang kondusif dan khidmat nasihat kepada masyarakat Malaysia.
  • Meningkatkan pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya.

FUNGSI JABATAN

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya;
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara;
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya;
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara; DAN
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.
  • Menyemarak dan merakyatkan aktiviti seni dan budaya di kalangan pelbagai kaum dan peringkat sasaran.
  • Menyediakan kemudahan prasarana, garis panduan seni dan budaya, bantuan dana, khidmat nasihat, latihan dan pengiktirafan kepada penggiat seni.
  • Menyelidik, mengumpul, mendokumentasi, menerbit dan menyebar maklumat dan bahan rujukan seni dan budaya kepada masyarakat.
  • Merangka dan menggalakkan pembangunan produk seni dan budaya selaras dengan pembangunan industri kreatif.
  • Merangka program penyerlahan seni dan budaya di dalam dan luar negara.

Latar belakang

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.

Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Rasional

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.

Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia.

Dengan yang demikian, sebagai satu proses yang berterusan, pewujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

  • Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini
    Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia,Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu - Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilai-nilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.
  • Unsur-unsur Kebudayaan Lain Yang Sesuai dan Wajar Diterima
    Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.
  • Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan
    Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendak-kehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Objektif

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah negara yang stabil dan bersatu padu. Dengan yang demikian usaha-usaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

  • Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;
  • Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan
  • Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

  • Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usaha sama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;
  • Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendukung dan mengerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;
  • Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;
  • Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan
  • Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Di samping Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan.

Peranan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urus setia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa.

Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.


Penutup

Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan komited di dalam melaksanakan tanggungjawab kami seperti berikut :

  • Melaksanakan aktiviti pemuliharaan, pengembangan dan promosi seni budaya untuk mengekalkan penghayatan di kalangan masyarakat.
  • Memperbanyakkan aktiviti kebudayaan dan kesenian yang melibatkan pelbagai kaum.
  • Menyediakan prasarana seni dan budaya yang kondusif kepada pengguna.
  • Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan produk-produk seni budaya yang baru.
  • Memastikan aduan pelanggan akan diambil tindakan dalam masa tiga (3) hari selepas diterima.
Bil Bulan Jumlah Aduan/Pertanyaan/Cadangan Yang Diterima

Jumlah Aduan/Pertanyaan/Cadangan Yang Diselesaikan Dalam Masa 3 Hari

1   Januari 21 21
2   Februari 43 43
3   Mac 44 44
4   April 44 44
5   Mei 13 13
6   Jun  19  19
7   Julai  44  44
8   Ogos  52  52
9   September  53  53
10   Oktober    
11   November    
12   Disember    
  Jumlah  333 333

Bilangan Transaksi Sistem Pendaftaran Penggiat Seni & Budaya tahun 2021

BulanPenggiat Seni & Budaya tahun 2021Maklumat BBK Seni & Budaya tahun 2021 Pertanyaan & Cadangan tahun 2021
Januari19321
Februari181318
Mac231621
April25844
Mei15013
Jun0019
Julai0044
Ogos0052
September0053
Oktober
November
Disember
Jumlah8146333