Teater bangsawan 'Raja Ku Puteh' 10 April ini 17 Mac 2015

PEMINAT drama pentas berpeluang menyaksikan teater bangsawan 'Raja Ku Puteh' yang akan berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jalan Raja Laut selama tiga hari bermula 10 April ini.

JKKN dalam kenyataan hari ini memaklumkan drama pentas anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
itu akan bermula pada 8.30 malam.

Teater itu akan menampilkan artis antaranya Wan Wala dari Maharaja Lawak Mega, Radhi OAG, Saleem Iklim serta pelakon teater tempatan.

Kaunter tiket di pintu masuk Auditorium DBKL akan mula dibuka pada 7 April pada 5 petang sehingga 8 malam.

Tiket boleh didapati dengan harga RM50 (premier) dan RM10. - Bernama

Akhbar: 
Sinar Harian
Publish date: 
Wednesday, March 18, 2015