Tarian Hadrah

Tarian Hadrah

Asal tarian ini dari negeri Parsi. Tarian hadrah terdapat di negeri Perlis dan Kedah. Dalam tarian ini penari dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mungkin mengandungi antara 15 hingga 30 orang dan mereka ini muncul dahulu sambil menyanyi dan menari serta memukul kompang.

Satu kumpulan lagi yang terdiri daripada dua orang penari lelaki dewasa tetapi berpakaian wanita akan keluar menyanyi dan menari di pertengahan persembahan hadrah ini.

Malay