Skim Bimbingan Seni

Bengkel Produksi
Kursus dilaksanakan secara teori dan praktikal kepada penggiat seni dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Kursus ini tertumpu kepada aspek-aspek penyelengaraan, perekaan seperti rekaan lampu (lighting design), set dan prop (scenic design) dan rekaan audio (sound design). Para peserta juga diberi pendedahan tentang hal-hal berkaitan dengan pengurusan pentas (stage management) serta keselesaan dan keselamatan (health and safety) di dalam sesebuah produksi.

Kursus Pemasaran Untuk NGO
Kursus Pemasaran NGO Seni Budaya merupakan kursus jangka pendek bertujuan memberi panduan asas berhubung strategi pemasaran yang baik dalam bidang seni budaya dan mengenai pemantapan organisasi seni budaya.

Kursus Pengurusan
Kursus Pengurusan, Pentadbiran dan Pemasaran NGO Seni Budaya bertujuan meningkatkan dan memantapkan pengurusan, pentadbiran dan pemasaran NGO seni budaya untuk menganjur dan melaksanakan aktiviti kesenian dan kebudayaan negara ke tahap yang lebih baik.