Seni warisan dekati rakyat

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my
Eksplorasi Mak Yong: Siri Jelajah Kijang Emas JKKN 2012 bertujuan mendekatkan masyarakat pelbagai lapisan kepada kesenian warisan agar ia tidak hilang ditelan zaman. - utusan/RUSHDI SALLEH

KUANTAN 21 Mei - Dalam misi mendekatkan seni warisan mak yong kepada masyarakat tempatan, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) telah membawa Eksplorasi Mak Yong Siri Jelajah Kijang Emas 2012 ke negeri ini, baru-baru ini.

Menerusi eksplorasi itu, kumpulan Mak Bergaji Pertama seumpamanya di dunia dibawa menjelajah ke seluruh negara bagi melestarikan warisan negara yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai Warisan Tidak Ternilai di Malaysia pada 25 November 2005.

Kumpulan yang bernaung di bawah JKKN Kelantan itu menjadi perintis usaha tersebut apabila aktif mengadakan persembahan secara profesional di dalam dan luar negara.

Akhbar: 
Utusan Malaysia
Publish date: 
Tuesday, May 22, 2012