Senam 1Malaysia

Kategori: 
DVD & CD
Penerbit: 
Tahun diterbitkan: 
2010
Harga: 
10.00

Senam 1Malaysia merupakan program senaman yang menggabungkan eleman tarian dan seni mempertahankan diri masyarakat Malaysia sebagai gerak asas senamrobik. Diiringi alunan lagu rakyat dan muzik Irama Malaysia, ia juga bertindak sebagai serampang dua mata iaitu dalam aspek penjagaan kesihatan dan memulihara warisan budaya negara. Modul senaman yang mengambil masa kira-kira 30 minit ini bermula dengan gerakan asas seperti memanaskan badan, aktiviti kardiovaskular, menyejukkan badan dan gerakan singkat (ruang rehat antara gerakan). Gerak tarian yang terkandung dalam senaman tersebut ialah zapin, inang, joget, tarian Cina, Sabah dan Sarawak. Dipimpin oleh jurulatih Majlis Kecergasan Malaysia.