Semarak Ramadan Bersama Iftar@KL 2015 Di Jalan Raja, Kuala Lumpur

Berbuka puasa sambil menikmati keindahan kota Kuala Lumpur dalam remang senja telah menarik kehadiran pengunjung tempatan dan antarabangsa sejak ia dilaksanakan dari tahun 2012 – 2014 menerusi program Festival Ramadan.

Seramai 500 ribu orang melibatkan diri dalam program itu yang terdiri dari pengunjung tempatan dan pengunjung antarabangsa dari negara Timur Tengah, Korea, Kanada, Amerika, Australia dan Negara Asean.




 photo IMG_8516.jpg



Pada tahun ini, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara memberi penjenamaan baru kepada Festival Ramadan dan mengkhususkan aktiviti yang berlangsung di Jalan Raja Dataran Merdeka dengan nama baru iaitu Iftar@KL 2015.

Ia bertujuan menjadikan bulan Ramadan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian Islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya generasi muda serta memupuk nilai-nilai murni melalui penganjuran aktiviti.




 photo 11393437_1057666757578062_4810847990819073535_o.jpg

Selain itu, ia bertujuan untuk mengimarahkan dan memakmurkan bulan Ramadan sebagai  bulan ibadah dan keprihatinan sesama insan melalui amalan-amalan kebajikan di samping mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat pelbagai kaum.

Ia berlangsung di bulan Ramadan pada tarikh 20, 21, 27, 28 Jun & 4, 5, 11, 12 Julai 2015 (Setiap Sabtu dan Ahad) di Jalan Raja, Kuala Lumpur (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad). 

Kelainan pengisian IFTAR @ Kuala Lumpur pada tahun ini , sebanyak sebelas komponen pengisian aktiviti yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersamaJabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta pelbagai agensi iaitu Sekretariat Tahun Melawat Malaysia, Tourism Malaysia, Islamic Tourism Centre (ITC), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Warisan Negara dan Masjid Jamek Kampong Bharu. 




 photo 11202880_1057667667577971_5476247451164440895_o.jpg



Aktiviti Iftar@KL ialah penyediaan dan agihan bubur lambuk, pameran pelancongan, pertandingan dan persembahan nasyid, tazkirah Ramadan, tadarus Al-Quran, majlis berbuka puasa diikuti solat maghrib berjemaah, soal jawab agama, solat Isyak dan terawih berjemaah, dikir zikir / ceramah / malam kesenian islam serta moreh.

Program Iftar@KL 2015 telah mendapat kerjasama padu dari syarikat koporat yang ingin turut serta iaitu Takaful Ikhlas, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Nescafe (Nestle), Julie’s, Adabi, Chriszen, Yeo’s, Al-Meswak Mu’min dan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Wilayah Persekutuan.

Melalui Iftar@KL 2015, bulan Ramadan dijadikan sebagai satu bulan di mana kegiatan kerohanian dan kesenian islam dapat disemarakkan kepada masyarakat khususnya generasi muda dalam memupuk nilai-nilai murni.

Author: 
serenity
Akhbar: 
Beautifulnara.com
Publish date: 
Friday, June 19, 2015