Program Perantisan Seni bertujuan memelihara dan mengekalkan kesenian tradisional bagi melahirkan pewaris dan pelapis dalam kesenian tradisional. Perantisan Seni adalah program berbentuk latihan dan pembelajaran kemahiran atau mentor mentee bagi kesenian tradisional yang disasarkan. Program dilaksanakan mengikut komuniti asal seni, dan dibimbing oleh penggiat serta tokoh yang diperantiskan. Program ini telah menghasilkan beberapa kumpulan perantisan yang mampu berdiri sendiri dan mencapai pelbagai kejayaan dalam dan luar negara. Program Perantisan yang dilaksanakan semenjak tahun 2009 sehingga kini (2021) telah menghasilkan 83 kumpulan perantisan dan 1,848 penyertaan yang melibatkan 64 kesenian. Bagi sesi 2020 dan 2021, sebanyak 14 perantisan dilaksanakan:

BILNEGERISENINAMA KUMPULAN
1TerengganuAnak UmbangKumpulan Perantisan Anak Umbang Terengganu
2PerakGendang PanjangKumpulan Perantisan Muzik Gendang Panjang 
3KelantanRebana MangkukKumpulan Rebana Mangkuk Sri Kemahang
4KedahWayang Kulit GedekKumpulan Perantisan Wayang kulit Warisan
5MelakaPuisi Rejang & Rebana KerasKumpulan Perantisan Rejang 
6PahangTari & Muzik GamelanKumpulan Perantisan Gamelan Pertubuhan Sanggar Tunas Seni Kuantan
7Pulau Pinang Boneka Batang BesiKumpulan Perantisan Boneka Teochew (Teochew Puppet Opera House)
8SarawakGendang BurdahKumpulan Perantisan Gendang Burdah Sinar Budaya Sri Aman
9SabahKesenian Etnik Dusun Labuk – Magalai LabukKumpulan Perantisan Kesenian Dusun Labuk
10PerlisMuzik TerinaiKumpulan Perantisan Terinai Perlis 
11JohorHamdolokKumpulan Perantisan Hamdolok
12Negeri SembilanDikir RebanaKumpulan Perantisan Dikir Rebana Negeri Sembilan
13SelangorGambus SelangorKumpulan Perantisan Gambus Brainy Bunch Islamic International School
14WP Kuala LumpurDholKumpulan Perantisan Dhol

Bahagian Untuk Dihubungi


Puan Naurah Daria Janiur
Cawangan Penyelidikan & Pembangunan
Bahagian Dasar Dan Penyelidikan
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Tel: 03-26148200/ 8201/ 8202/ 8214/ 8261/ 8260