Pengenalan

Program Pelancongan Budaya (Culture Based Tourism) merupakan program teras JKKN di peringkat negeri yang mengangkat keunikan seni budaya setempat bagi tujuan memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara, di samping menjana ekonomi melalui seni dan budaya serta memupuk semangat kerjasama, meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan ke arah kesejahteraan rakyat Malaysia.

PEMULIHARAAN SENI BUDAYA

Program Pelancongan Budaya merupakan platform dalam memelihara seni budaya setempat untuk tatapan generasi baharu dan tarikan pelancongan seperti hadrah, jikey, mek mulung, dikir barat, wayang kulit, sukan rakyat, dan sebagainya

PENGLIBATAN GENERASI MUDA

Menggalakkan proses pengembangan dan pencungkilan bakat baru dalam bidang seni budaya seperti dikir barat, mak yong, tarian, pergendangan silat, persembahan boria dan lain-lain

Program utama negeri dan program sauh dalam merancakkan pelancongan domestik dan antarabangsa yang gemarkan pengalaman authenticâ

FOKUS KESEJAHTERAAN RAKYAT

Perkhidmatan agensi kerajaan dan swasta seperti pasar tani bergerak, pemeriksaan kesihatan, penubuhan homestay, khidmat nasihat berkaitan pinjaman perniagaan, kaunter pembayaran saman dan lain-lain

Penglibatan pelbagai agensi dalam memberi khidmat kepada masyarakat seperti Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Kewangan, PDRM, ATM, Tourism Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan, Tenaga Nasional Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Lain-lain

RINGKASAN PELAKSANAAN

PROGRAM PELANCONGAN BUDAYA 2021

BILPROGRAM/AKTIVITI TARIKH/MASA TEMPATSINOPSIS
1IFTAR 2021@ RAMADAN ONLINE 29 & 30 April 2021 Ibu Pejabat JKKN
Facebook & TV JKKN

Iftar 2021 @ Ramadan Online merupakan sebuah program menghidupkan bulan ramadan namun dilaksanakan secara norma baharu dengan pelaksanaan melalui siaran melalui FB rasmi JKKNTV. Program ini mengandungi 8 pengisian program dan bersiaran mulai jam 4.00 - 8.00 malam pada 29 & 30 April 2021. Antara pengisian program adalah bacaan ayat suci al-quran dari selebriti seperti Zizi Kirana & Sharifah Khasif, ceramah ramadan dari PU Azman dan IM Asyraf, pertandingan nasyid dan marhaban dalam talian dan lain-lain lagi.
2PESTA ANGIN TIMUR PERLIS@ONLINE4 & 5 Jun 2021 JKKN Perlis
Facebook & TV JKKN

Pesta Angin Timur Perlis merupakan program tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2014 bertujuan untuk mendekatkan masyarakat umum khususnya masyarakat di bahagian utara dengan kegiatan seni budaya. Pesta Angin Timur mempunyai pendekatan yang berbeza dan unik di mana program ini dilaksanakan di dalam bendang selepas musim menuai.
3FESTIVAL KESENIAN RAKYAT KELATE@ONLINE9 & 10 Julai 2021 JKKN Kelantan
Facebook & TV JKKN

Festival Kesenian Rakyat Kelate merupakan salah satu program di bawah teras Jangkauan Seni Budaya yang diadakan di peringkat negeri dengan mengetengahkan keunikan seni budaya tradisi masyarakat setempat. Festival ini diisi dengan persembahan pentas, pertandingan, demonstrasi, permainan tradisional dan lain-lain. Keunikan festival ini bakal diterjemahkan dengan kepelbagaian seni budaya masyarakat di Kelantan seperti dikir barat, makyong, menora, pergendangan, tarian dan lain-lain. Keaslian seni budaya ini menjadi daya tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara.
4FESTIVAL KOTA SELATAN@ONLINE 6 & 7 Ogos 2021 JKKN Negeri Sembilan
Facebook dan TV JKKN


Festival Kota Selatan diterjemahkan sebagai tarikan kepada pengunjung atau pelancong dengan melihat kepelbagaian budaya yang terdapat di negeri Johor. Program ini akan memaparkan kepelbagaian jenis makanan, aktiviti seni, pertandingan, sukan air, sejarah dan warisan kerajaan Johor Lama dan juga jualan produk masyarakat setempat. Secara tidak langsung program ini juga akan memperkenalkan budaya selatan di daerah di Johor sebagai satu-satunya lokasi pilihan kepada pelancong luar. Aktiviti menyusur sungai melalui bot penambang juga akan dijadikan salah satu pengisian bagi memberi peluang kepada pelancong menghayati budaya masyarakat pesisir sungai
5FESTIVAL PERMAINAN MALAYSIA@KUALA LUMPUR25 & 26 September 2021JKKN Kuala Lumpur
Facebook JKKN TV


Permainan Tradisional Malaysia merupakan salah satu program di bawah teras Jangkauan Seni Budaya yang diadakan di peringkat negeri dengan mengetengahkan keunikan seni budaya masyarakat setempat iaitu permainan rakyat sebagai intipati utama dan disokong oleh pelbagai pengisian lain seperti larian 'Sarong Run', pertandingan tarik tali terbuka Kuala Lumpur, pertandingan Kabaddi, pencungkilan bakat muda, pertandingan gusti lengan terbuka, persembahan pentas, jualan makan minum dan produk barangan tempatan serta lain-lain.
6RHYTHMS OF KINABALU (ROK)
23 & 24 Oktober 2021 JKKN Sabah
Facebook & TV JKKN


Rhythms of Kinabalu (ROK)
mengenengahkan pertandingan mencungkil bakat tempatan, mempamerkan lagu-lagu karya Komposer Sabah dan lagu-lagu etnik kumpulan muzik tradisional Sabah yang berkonsepkan “World Music”. Program ini akan diisi dengan pelbagai pengisian sampingan melibatkan pameran, jualan, pencungkilan bakat dan perkhidmatan kerajaan melalui kaunter bergerak.

7FESTIVAL SENI HIDUP @LIVING ARTS CULTURAL FESTIVAL29,30 & 31 Oktober 2021 Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Kuala LumpurRasakan denyutan nadi kepelbagaian kesenian dalam Festival Seni Hidup @ Living Arts Cultural Festival (LACF). Satu-satunya festival yang menghimpunkan kesenian yang telah diiktiraf oleh United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO), Warisan Kebangsaan, dan kesenian hampir pupus yang memerlukan perhatian serta jarang diketengahkan kepada masyarakat.
8FESTIVAL GENDANG MELAYU SARAWAK5,6 &7 November 2021 JKKN Sarawak
Facebook & TV JKKN

Menampilkan pelbagai aktiviti yang interaktif kepada generasi baru dan lama melalui gabungan unsur tradisi, kontemporari dan moden. Pengisian festival ini merangkumi gabungan pergendangan alat perkusi Sarawak seperti Gendang Pempat (Iban), Sabang dan Gendang Dumbak (Bidayuh), Gendang dan Alu & Tawak (Melanau), Jatung Utang (Orang Ulu), Beduk, Rebana dan Hadrah (Melayu), Gendang Cina, Gendang Moden, teater jalanan dan "puppet", persembahan tarian, buskers, nyanyian dan lain-lain. Festival ini akan dilangsungkan bersempena dengan Regata Sarawak.

Bahagian Untuk Dihubungi

Bahagian Pengembangan Seni Budaya
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 26, Menara TH Perdana
Jalan Sultan Ismail
50250 Kuala Lumpur

Tel : 03-2614 8200 / 8221
No. Faks : 03-26971067
Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tabs