Pesta Sabah `Agop’ 2015

KOTA KINABALU – Pesta Sabah 2015 sekali lagi kembali pada tahun ini bertemakan `Agop’ yang bermaksud gua.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, sambutan Pesta Sabah Agop ini akan membawa kisah-kisah ekspedisi masyarakat Pantai Timur Sabah yang berkait rapat dengan gua dari segi kebudayaan, tradisi dan amalan purba. “Pengisian persembahan kali ini termasuklah pengisahan tentang kepelbagaian kaum di Sabah dan juga cerita lagenda masyarakat Cina yang datang ke Sabah di daerah Kinabatangan,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertuan Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, di sini hari ini.

Orang ramai berpeluang mengikuti pementasan Agop bermula pada 1 Mei hingga 3 Mei pada pukul 4 petang hingga 10 malam di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah.

Tiket berharga RM50 setiap seorang boleh didapati di Sri Pelancongan Sabah. Terdahulu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada Ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS) diketuai pengerusinya, Datuk Ismail Awang Basar bagi menyerahkan Laporan Tahunan 2014. - SayangSabah



 

Author: 
Sitti Nor Azizah Talata
Akhbar: 
Sayang Sabah
Publish date: 
Monday, April 20, 2015