Pelajar “Kampong” Teruja Bertemu Caprice

Pelajar “Kampong” Teruja Bertemu Caprice

Laporan/ foto: Ahmad Faiz Mansur (Daerah Barat Daya)
BALIK PULAU, 20 Jul (Malaysiaktif) - Kira-kira 1, 000 pelajar sekitar Balik Pulau semalam berasa sangat teruja apabila dapat bertemu dengan artis pujaan mereka iaitu Caprice. "Walaupon kami tinggal di kawasan kampong, Caprice sanggup mai turun ke Balik Pulau". Begitulah luahan perasaan gembira Nurnabila Binti Jamaluddin, salah sorang pelajar tingkatan 5 SMK Seri Balik Pulau,.
Caprice yang datang ke Balik Pulau pada hari semalam adalah bersempena dengan Program Motivasi ‘Jihad In Education’ yang diadakan di Dewan Politeknik Balik Pulau. Semua pelajar sekolah dan institusi pendidikan di dalam kawasan Balik Pulau dijemput dalam program motivasi ini yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Muuhamad Bakhtiar Bin Wan Chik, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia yang juga merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau.
 

Caprice bergambar dengan semua peserta yang hadirCaprice bergambar dengan semua peserta yang hadir

Caprice dalam ceramah motivasinya mengajak golongan pelajar dan anak muda melakukan kebaikan tidak kira apa jua bidang yang mereka minati. Beliau juga menasihatkan golongan pelajar supaya menjauhi gelaja yang tidak sihat yang boleh merosakkan masa depan mereka.

Di akhir program itu, Caprice turut menyampaikan lagu popularnya yang disambut dengan teriakan serta laungan kegembiraan kesemua peserta yang hadir dalam program berkenaan.

https://malaysiaaktif.my/59992

Akhbar: 
Malaysia Aktif
Publish date: 
Saturday, July 20, 2019

Add new comment

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Lines and paragraphs break automatically.
Image CAPTCHA