Panggung Seni Tradisional (PST) merupakan medium persembahan Kesenian Tradisional Malaysia yang autentik dan klasik, dilaksanakan secara berjadual di Kuala Lumpur sejak tahun 2013 sehinggalah kini. Bermula tahun 2019 pula, pelaksanaan program ini telah disebarluaskan ke peringkat negeri melalui JKKN Negeri. Persembahan Panggung Seni Tradisional merangkumi tiga (3) genre kesenian iaitu Tari, Muzik dan Teater. Pada dasarnya, penganjuran program ini sebagai langkah pemuliharaan dan pengekalan seni warisan serta memartabatkan kesenian ini ke tahap yang lebih cemerlang. Selain itu, ia bertujuan untuk menjadikan Kuala Lumpur dan setiap negeri sebagai hab persembahan kesenian tradisional seterusnya mengangkat program ini sebagai produk pelancongan. Di samping itu, ia turut bertujuan untuk memupuk minat dan cintakan seni warisan negara dalam kalangan masyarakat serta para pelancong asing dan tempatan.


Alami keindahan lima (5) persembahan dalam Panggung Seni Tradisional 2021 (PST2021) secara dalam talian pada bulan November 2021. Antara persembahan yang diangkat ialah Tari Warisan Borneo 'Rumpun Borneo', Irama Tanah Selatan Pentas Ghazal', Kesenian Tradisional Cina 'Anggun...The Timeless Journey', Himpunan Tarian Tradisional India 'Suasana' dan Tarian Rampaian Tradisional Melayu ‘Lenggang Berangkai Lenggok Bertandak’.

PST2021 akan melibatkan beberapa kumpulan seperti Persatuan Kesenian Tradisi Borneo, Jemaah Ghazal Kuala Lumpur, Persatuan Ghazal Johor Malaysia (GhaJMas), Modern Dance Theatre, Fakulti Tari ASWARA dan Kumpulan Kesenian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Saksikan 5 siri persembahan ini secara LIVE melalui halaman peminat https://www.facebook.com/PanggungSeniTradisionalTraditionalArtsShowcase dan JKKN TV. Maklumat lanjut, sila lawati halaman peminat Facebook Panggung Seni Tradisional.

Cawangan Penyelidikan dan Pembangunan
Ibu Pejabat, abatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
Aras 19, Menara TH Perdana,
Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2614 8200 / 8202 / 8214 / 8261 / 8260