OBJEKTIF & FUNGSI

OBJEKTIF JABATAN

  • Mengekal dan mengembangkan kebudayaan dan kesenian.
  • Menggalakkan pertumbuhan aktiviti seni budaya di pelbagai lapisan melalui kerjasama berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyebarkan maklumat seni budaya kepada orang awam dalam dan luar negara.
  • Menyediakan kemudahan prasarana seni dan budaya yang kondusif dan khidmat nasihat kepada masyarakat Malaysia.
  • Meningkatkan pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya.

FUNGSI JABATAN

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan produk seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
  • Menyediakan landasan untuk membolehkan penggiat seni menjana pendapatan melalui aktiviti seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama dengan pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Meningkatkan keberkesanan peranan JKKN melalui 14 JKKN Negeri.

 

Add new comment

Plain text

  • No HTML tags allowed.
  • Web page addresses and e-mail addresses turn into links automatically.
  • Lines and paragraphs break automatically.
Image CAPTCHA