Objektif & Fungsi

OBJEKTIF JABATAN

  • Mengekal dan mengembangkan kebudayaan dan kesenian.
  • Menggalakkan pertumbuhan aktiviti seni budaya di pelbagai lapisan melalui kerjasama berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyebarkan maklumat seni budaya kepada orang awam dalam dan luar negara.
  • Menyediakan kemudahan prasarana seni dan budaya yang kondusif dan khidmat nasihat kepada masyarakat Malaysia.
  • Meningkatkan pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya.

FUNGSI JABATAN

  • Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan modal insan mahir dalam bidang seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistik, dan promosi seni budaya.
  • Membina jaringan kerjasama yang berkesan antara pemain industri seni budaya, agensi Kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan penggiat seni budaya dari dalam dan luar negara.
  • Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
  • Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
  • Mengoptimakan fungsi organisasi JKKN Negeri.