
Harga:
RM 12.00
Ketersediaan:
Ada
Muka surat:
71
No ISBN:
983-41984-0-X
Tahun diterbitkan:
2004
Penulis:
Aripin Said
Sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu pada masa dahulu kaya dengan tradisi lisan. Salah satu cara pengucapannya ialah melalui lagu-lagu rakyat. Ciri-ciri lagu rakyat mengenengahkan nilai-nilai universal seperti akal budi, pendidikan, kerohanian dan kekeluargaan dalam masyarakat. Buku ini menghimpunkan beberapa naskah kertas kerja bagi menggariskan beberapa persoalan tentang nilai tradisi yang terdapat dalam lirik lagu-lagu tempatan. Ia meliputi persekitaran, perkembangan dan unsur-unsur kepupusan dari pelbagai aspek.