Meriahkan seni budaya di Dataran Sg. Rengit

JOHOR BAHRU 16 Dis. - Orang ramai dijemput memeriahkan Program Merakyatkan Seni Budaya yang akan berlangsung di Dataran Sungai Rengit, Pengerang Sabtu ini.

 

Program itu dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Johor dengan kerjasama Pejabat Daerah Kota Tinggi, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Majlis Kebudayaan Negeri dan Jawatankuasa Penyelaras Mukim-mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat.

 

JKKN Johor dalam kenyataan akhbar memberitahu, program berkenaan bertujuan mengamal dan mengekalkan semangat gotong-royong dan kerjasama di kalangan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti yang diadakan.

 

Antara aktiviti yang dianjurkan pada program yang bermula pukul 8 pagi adalah senam seni Malaysia bersama penduduk, pameran jabatan dan agensi kerajaan, jualan industri kecil sederhana dan pertandingan mewarna bagi kanak-kanak

Akhbar: 
Utusan Malaysia
Publish date: 
Friday, December 17, 2010