MBSA anjur pencarian kumpulan muzik berbakat

SHAH ALAM, 13 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Progran Ekspresi Musik Selangor 2014 bagi pencarian kumpulan muzik paling berbakat dan versatil.

Mengikut kenyataan media MBSA, pencarian bakat dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) berlangsung di Laman Budaya di sini 14 September ini.

Yuran percuma dan peserta dikehendaki mempersembahkan sebuah lagu berkonsepkan lagu patriotik, alam, kemanusiaan dan ketuhanan.

Peserta digalak menggunakan insturman daripada bahan semula jadi sama ada dibuat secara solo atau berkumpulan.

Hadiah menarik menanti iaitu juara RM2,000; naib juara RM1,500 dan tempat ketiga RM1,000.

Tempat pertama hingga ketiga juga membawa pulang barangan elektronik tajaan Panasonic manakala saguhati bernilai sehingga RM150.

Sebarang pertanyaan lanjut menghubungi JKKN di talian 03-5510 2664

 

Akhbar: 
Selangor Kini
Publish date: 
Sunday, September 14, 2014