'Lantai Cilik 3' Kembali Dengan Gerak Tari Lebih Hangat

 
lantai
'LANTAI CILIK 3' KEMBALI DENGAN GERAK TARI LEBIH HANGAT
Program realiti televisyen 'Lantai Cilik' kembali lagi untuk musim ketiga. Program realiti televisyen yang mengetengahkan pertandingan mencari juara tarian tradisional dan kontemporari di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berusia 12 tahun ke bawah ini merupakan hasil kerjasama erat di antara Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) serta Kementerian Pendidikan Malaysia.
 
Untuk musim ketiga, 'Lantai Cilik 3' menampilkan sedikit kelainan dengan menggunakan media baru sebagai kaedah pemilihan peserta. Para peserta dipilih berdasarkan video tarian yang dimuat naik ke laman Facebook fanpage 'Lantai Cilik' dan ternyata, kaedah ini berjaya memendekkan tempoh rakaman di samping menjimatkan kos penerbitan. 
 
Baru-baru ini, bertempat di Balai Perdana, Wisma TV, Angkasapuri, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya rakaman episod pengenalan 'Lantai Cilik 3', yang menampilkan kumpulan Sutra Budaya (SK Bandar Pontian, Johor), Sutra Dana (SK Siol Kanan, Sarawak), Seri Melati (SK Seri Melati, Johor), Sri Tunas Petra (SK En Buyong, Sarawak) Tunas Pancawarna (SK Tarcisian Convent, Perak), dan Ekatari (SK Precint 9, Putrajaya). 
 
Program ini turut menampilkan Muza Mohamad dan Kaka Azraff sebagai hos di samping juri tetap iaitu Arja Lee, serta Juhara Ayub yang akan bergilir dengan Vanida Imran, dan Zulkarnain Ramli. Program ini bakal mula ditayangkan di kaca televisyen pada 8 Ogos 2015, jam 4.00 petang di TV2. 
Akhbar: 
Media HIburan
Publish date: 
Tuesday, August 4, 2015
Kemas kini terakhir: 17 July 2019, 05:20pm
Facebook JKKN Instagram JKKN Youtube JKKN Twitter JKKN RSS JKKN