Lagu Kumpulan Tumbuk Kalang

Kategori: 
CD
Penerbit: 
Tahun diterbitkan: 
2003
Harga: 
10.00

Tumbuk Kalang merupakan permainan muzik asli dan berasal dari Negeri Sembilan. Ia terdiri daripada lesung, alu (pengetuk), rebana, gong dan beberapa alat muzik moden. Lazimnya Tumbuk Kalang dimainkan oleh masyarakat kampung setelah berpenat lelah seharian di bendang menuai padi. Pada sebelah malamnya, mereka mengadakan pesta Tumbuk Kalang untuk membuat emping baru. Ia turut dipersembahkan di majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan atau lawatan para pembesar.