JKKN Perak anjur Festival Rebana

 

IPOH - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak akan menganjurkan 'Program Merakyatkan Seni Festival Rebana' bersempena Sambutan Tahun Festival Malaysia di Auditorium Kompleks JKKN Perak pada 6 dan 7 Jun depan.

Pengarah JKKN Perak, Jasmi Rasit berkata, program itu bertujuan untuk menarik pelancong asing dan generasi muda dalam memperkenalkan muzik tradisional di negeri ini.

Katanya, pertandingan persembahan rebana itu disertai sebanyak 13 kumpulan dari setiap daerah di negeri ini.

"Pertandingan ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu remaja berumur dari 13 dan 17 tahun dan terbuka untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas.

"Festival ini kali pertama diadakan selepas tahun terakhir dianjurkan pada 1986," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Aspirasi Khas Sepetang JKNN Bersama Media di sini hari ini. -Bernama





Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?dt=0527&pg=bt_26.htm&pub=Kosmo&sec=Terkini&y=2015#ixzz3blVkYbR7 

Hakcipta terpelihara 

Akhbar: 
Kosmo!
Publish date: 
Wednesday, May 27, 2015