Pertandingan Akhir Bintang Asli 2007
Album ini merupakan pertandingan akhir Bintang Asli pada tahun 2007 menyaksikan peserta yang mewakili setiap negeri mempertaruhkan lagu masing-masing untuk bergelar juara.
Album ini merupakan pertandingan akhir Bintang Asli pada tahun 2007 menyaksikan peserta yang mewakili setiap negeri mempertaruhkan lagu masing-masing untuk bergelar juara.
Adat melenggang perut yang diamalkan dalam masyarakat Melayu merupakan sebahagian daripada kegiatan perbidanan tradisional. Amalan ini dilakukan oleh wanita yang bakal melahirkan anak sulung mereka ketika kandungan berusia 7 bulan. Antara tujuannya ialah menjauhkan malapetaka dan segala bahaya terhadap ibu mengandung dan yang akan bakal melahirkan anak. * Peringatan kepada penonton : upacara tersebut hanyalah semata-mata kepercayaan masyarakat melayu lama sahaja. Islam melarang perbuatan yang menjurus kepada syirik.
Wayang Gedek Seri Asun ini dipersembahkan oleh penggiat yang tidak asing lagi iaitu Pak Majid atau lebih dikenali sebagai "Etong". Penyampaian beliau melalui cerita berkenaan isu semasa dengan menerapkan unsur humor amat mencuit hati dan menarik. Kini, ia masih lagi merupakan salah satu medium penyebaran maklumat berkaitan isu semasa terutama di negeri-negeri utara tanah air.
Permainan selampit oleh tokoh selampit terkenal, Saari Abdullah. Cerita Raja Besar Ho Gading merupakan salah satu cerita selampit yang popular selain Anak Raja Gondang, Eneng Tajali dan Dewa Indera Dewa. Selampit popular di negeri Kelantan dengan iringan gesekan rebab bertali tiga
Jikey merupakan persembahan teater tradisional yang terkenal di Negeri Kedah dan Perlis. Ia turut dipengaruhi oleh elemen kesenian yang terdapat dalam teater Makyung, Hadrah, Bangsawan dan Mek Mulung. Dipersembahkan dalam bentuk usik-mengusik, pelakon Jikey memakai topeng dan kostum yang melucukan. Antara watak-watak dalam persembahan Jikey adalah lelaki benggali, pelawak, raja dan wira.