JKKN

Pembelajaran Tarian-Tarian Malaysia

DVD ini memberi penerangan visual yang lengkap kepada mereka yang berminat dalam bidang tarian. Penonton boleh melihat setiap gerakan tangan dan kaki yang telah difokus sebelum tarian keseluruhan ditunjukkan. Joget, Wau Bulan, Zapin, Ngajat Iban, Gendang India dan Saputangan Cina antara isi kandungan di dalam cakera liut ini. Amat sesuai untuk mereka yang baru mula belajar tarian tradisional Malaysia.

Malay

Folk Tunes Of Malaysia

Disebalik kerancakan lagu-lagu global yang ada di media, CD ini membawa pendengar kepada himpunan lagu-lagu rakyat yang popular satu ketika dahulu di Malaysia dan masih kekal relevan sehingga kini. Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah Jong Inai, Lodeh Mak Lodeh, Anak Itik Tok Wi, Can Mali Can, Rasa Sayang dan banyak lagi. 

Malay

Instrumental Irama Asli

Sebanyak empat unit CD yang menghimpunkan 41 buah lagu irama Asli secara instrumental dalam satu kompilasi. Antara lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah Patah Hati, Nasib Panjang, Inang Cina, Gambus Jodoh, Damak dan banyak lagi.

Malay

Lagu-Lagu Rakyat Malaysia - Zainal Abidin

Zainal Abidin telah dilantik menjadi duta lagu-lagu rakyat oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Tujuannya adalah untuk menyuburkan kembali lagu-lagu rakyat kepada generasi hari ini. Antara lagu-lagu yang dinyanyikan semula dengan rentak yang lebih menyegarkan ialah Kenek-Kenek Udang, Burung Kakak Tua, Enjit-Enjit Semut, Can Mali Can dan banyak lagi.

Malay

Pages