JKKN

Festival Tari Malaysia 2009

Festival Tari Malaysia telah mula diadakan sejak tahun 1992. Ia merupakan medium bagi memantapkan lagi kumpulan dan penggiat seni tari Malaysia disamping menjadikan bidang kesenian sebagai satu pengisian kepada industri kreatif negara. Penganjuran kali ke 14 ini menyaksikan enam kumpulan terbaik dari seluruh negara telah mewarnai kemeriahan Festival Tari Malaysia 2009.

Malay

Senam 1Malaysia

Senam 1Malaysia merupakan program senaman yang menggabungkan eleman tarian dan seni mempertahankan diri masyarakat Malaysia sebagai gerak asas senamrobik. Diiringi alunan lagu rakyat dan muzik Irama Malaysia, ia juga bertindak sebagai serampang dua mata iaitu dalam aspek penjagaan kesihatan dan memulihara warisan budaya negara. Modul senaman yang mengambil masa kira-kira 30 minit ini bermula dengan gerakan asas seperti memanaskan badan, aktiviti kardiovaskular, menyejukkan badan dan gerakan singkat (ruang rehat antara gerakan).

Malay

Senam Seni Malaysia

Dodoi Si Manja

Dodoi Si Manja merupakan himpunan 10 alunan lagu tradisi yang didendangkan oleh artis-artis jemputan seperti Ziana Zain, Sheila Majid, Fauziah Latif, Dayang Nurfaizah dan Amy Mastura yang penuh pesanan, nasihat dan kebenaran kepada bayi atau kanak-kanak yang masih kecil dengan harapan ia dapat meresap ke jiwa si manja apabila besar nanti.

Malay

Pages