JKKN

Gema Warisan Gamelan Melayu

Menghimpunkan lagu-lagu Gamelan yang menampilkan beberapa ciptaan yang sudah lama tidak dimainkan dan yang tidak pernah dirakamkan dalam mana-mana album Gamelan di pasaran. Kebanyakan lagu-lagu ini dicipta berdasarkan pada Hikayat Seri Rama juga disertakan notasi bagi setiap lagu untuk panduan umum dan juga bagi tujuan pembelajaran.

 

Kandungan

1) Medley Ulit Seri Rama

2) Togok

3) Kilas Dayung 

4) Seri Rama Balik

5) Kendung Gajah Mati

6) Tongkang Masuk

7) Ketawang

8) Gambuh (Turun Gambang)

Malay

Koleksi Tarian Negeri-Negeri Di Malaysia

Rakaman persembahan tarian negeri-negeri termasuk tarian kaum Cina dan India. Tarian-tarian yang dipersembahkan merupakan tarian yang menjadi lambang kepada negeri tersebut termasuk tarian etnik yang jarang diperlihatkan kepada umum.

Kandungan 

1) Zapin Seri Bunian - Johor

2) Joget Serampang Pantai - Melaka

3) Tarian Piring - Negeri Sembilan

4) Tarian Pooja - Selangor

5) Kolattam (India) - Kuala Lumpur

6) Tanglung (Cina) - Kuala Lumpur

7) Dabus - Perak

8) Tari Boria - Pulau Pinang

Malay

Inspitari 2014

Rakaman persembahan Inspitari yang menggabungkan 16 persembahan dari setiap Kumpulan Kesenian JKKN negeri-negeri termasuk Ibu pejabat. Persembahan tarian yang ditampilkan merupakan tarian kreasi baru hasil olahan kreativiti koreografer dan Kumpulan Kesenian JKKN. Aduanan muzik yang dipersembahkan juga adalah ciptaan baru yang digubah khas untuk persembahan Inspitari.

 

Senarai lagu

1) Kumpulan Kesenian JKKN Johor- Mappa Duppa

2) Kumpulan Kesenian JKKN Perak - Rontak Kudo

3) Kumpulan Kesenian JKKN Kedah - Mek Ketok

Malay

Tingkah! – Muzik Paluan dan Pergendangan

Menghimpunkan lagu-lagu yang berbentuk paluan dan pergendangan rakyat yang popular di negeri Kelantan khususnya. Dipersembahkan dalam pelbagai ragam dan irama oleh kumpulan muzik yang bergelar Geng Wak Long.

 

Kandungan 

1) Mengadap Rebab (Pecah Bong)

2) Muzik Asyik 

3) Medley Bertabuh

4) Mengulik (Wayang Kulit)

5) Lagu Wak Bara -Bertabik (Main Puteri)

6) Ayam Didik

7) Berkabar

8) Lagu Menyanyi Sindong

9) Muzik Silat Kelantan (Silat Jawi)

10) Muzik Tari Inai

Malay

Voices of Harmony - Koir Kebangsaan Malaysia

Himpunan lagu-lagu pilihan Koir Kebangsaan Malaysia yang terkandung dalam penerbitan buku notasi “Koleksi Lagu-Lagu Koir Kebangsaan” dengan paduan vokal mantap termasuk lagu Mengadap Rebab hasil gandingan bertenaga Syafinaz Selamat dan Rosnan Rahman.

Kandungan :

  1. Nuance of Rebab Fantasy
  2. Trek Tek – Tek
  3. Puteri Santubong
  4. Jong-jong Inai
  5. Enjit – Enjit Semut
  6. Gadis Kampung
  7. Mak Inang
  8. Lancang Kuning Gunung Payung
  9. Kopi Susu
  10. Jambatan Tamparuli
  11. Rancak Bertemu
Malay

Pages