JKKN

Festival Kesenian ASEAN

Festival Kesenian ASEAN ini diadakan pada tahun 2003 yang disertai oleh negara-negara ASEAN seperti Brunei, Cambodia, Indonesia, Korea, Thailand, Myanmar, Filipina, Vietnam dan Malaysia. Mereka mempersembahkan tarian dan muzik tradisi bersama busana rasmi yang melambangkan negara masing-masing.

Malay

Instrumental Keroncong

Keroncong adalah antara seni muzik tradisional Melayu yang sangat popular pada tahun 30an – 60an. Ia dipersembahkan dimerata tempat terutama di majlis-majlis perkahwinan, pertunjukkan pentas dan pesta keramaian. Keturunan Baba Nyonya di Melaka dan Pulau Pinang pernah dikesan menubuhkan kumpulan keroncong yang mereka minati. Album ini dipersembahkan oleh Kumpulan Kesenian Negeri Selangor yang secara instrumental. Antara lagu yang terdapat ialah Bukit Melawati, Mahameru, Bisikan Hati, Seruling Bambu, Gambang Semarang dan banyak lagi.

Malay

Lagu Kumpulan Tumbuk Kalang

Tumbuk Kalang merupakan permainan muzik asli dan berasal dari Negeri Sembilan. Ia terdiri daripada lesung, alu (pengetuk), rebana, gong dan beberapa alat muzik moden. Lazimnya Tumbuk Kalang dimainkan oleh masyarakat kampung setelah berpenat lelah seharian di bendang menuai padi. Pada sebelah malamnya, mereka mengadakan pesta Tumbuk Kalang untuk membuat emping baru. Ia turut dipersembahkan di majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan atau lawatan para pembesar.

Malay

Pages