JKKN

Lagu-lagu Rakyat Melayu Sarawak: Tergeleng-geleng

Bumi Kenyalang kaya dengan berbagai bentuk kesenian, salah satu daripadanya ialah lagu rakyat. Penerbitan ini hanyalah sebahagian kecil khazanah tersebut. Namun kebanyakan dari lagu-lagu berkenaan terdiri hanya beberapa kerat pantun atau mentera. Sebagai usaha agar ianya dapat diterima dan diminati generasi muda sekarang, Alkhazam telah menokok tambah pantun dan irama untuk memperindahkan lagi rentak lagu rakyat. Konsep dan susunan muzik juga telah diperkayakan dengan suasana yang lebih meriah hasil sentuhan kompose Narawi CD.

Malay

Lagu Rakyat Negeri Pahang : Roslan Madun

Negeri Pahang terkenal dengan lagu-lagu rakyat yang sering dipersembahkan dikhalayak umum. Penggiat lagu rakyat terkenal iaitu Aripin Said telah mempopularkan banyak lagu-lagu rakyat Pahang. Bertolak dari itu, penggiat seni tempatan, Roslan Madun telah mengkomersialkan lagu-lagu rakyat dalam rakaman studio dan gubahan muzik yang baru sesuai dengan perubahan masa.

Malay

Semangat Merdeka

Sejarah tanah air sejak kemasukan tentera Jepun di Kota Bharu pada tahun 1941 dan liku-liku perjalanan negara dari kebangkitan semangat kebangsaan untuk pembebasan tanah air, ancaman komunis, konfrontasi Malaysia - Indonesia, peristiwa 13 Mei sehinggalah Malaysia mencapai kejayaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun.Dr. Mahathir Mohamad telah diceritakan secara ringkas dalam dokumentari ini.  

Malay

Pages