INSENTIF SENI KEWANGAN JKKN BAGI TAHUN 2019

INSENTIF SENI KEWANGAN JKKN BAGI TAHUN 2019

TARIKH TUTUP TERKINI: 17 OKTOBER 2019 (KHAMIS) 12.00 TENGAH HARI
 
PEMAKLUMAN
Tarikh akhir permohonan Insentif Seni-Kewangan JKKN bagi tahun 2019 telah diubah ke 17 Oktober 2019 jam 12.00 tengah hari. Tarikh asal pada 5 November 2019 pada Garis Panduan Permohonan Insentif Seni JKKN (Kemaskini: 10 Mei 2019) adalah TERBATAL kerana prosedur penutupan akaun kerajaan bagi tahun 2019 akan bermula pada bulan November 2019. Proses penyaluran peruntukan ke persatuan yang berjaya akan dilaksanakan sebelum bulan November 2019.
 
Hanya program yang belum dilaksanakan atau dilaksanakan pada bulan November dan Disember 2019 sahaja akan dipertimbangkan oleh jawatankuasa. Program WAJIB selesai pada 31 Disember 2019. Program yang melangkaui tahun 2019 akan DITOLAK.
 
PENGENALAN
Insentif Seni JKKN merupakan penjenamaan beberapa bentuk bantuan dan perkhidmatan sedia ada yang disediakan oleh JKKN untuk BBK, universiti dan penggiat seni budaya bagi menambah upaya BBK dan penggiat seni untuk melaksanakan program dan aktiviti berkaitan seni budaya.
 
SYARAT UMUM PERMOHONAN INSENTIF SENI-KEWANGAN
  1. Mempunyai visi, idea dan konsep yang jelas dan mapan serta selari dengan visi dan misi JKKN.
  2. Mempunyai butiran terperinci aktiviti / program berserta anggaran kos yang relevan
  3. Kepentingan masyarakat atau sekurang-kurangnya untuk komuniti seni
  4. TIDAK menyentuh sensitiviti kaum dan agama dan bersifat provokatif serta boleh mengancam keselamatan negara
  5. Pemohon perlu menunjukkan kaliber yang meyakinkan untuk menjalankan aktiviti berkenaan.
  6. Aktiviti yang dirangka perlu menyatakan potensi pulangan bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
  7. Program seni dan budaya di luar negara yang akan disertai haruslah memberi impak positif kepada pembangunan dan perkembangan seni budaya di Malaysia dan di persada dunia.
 
INSENTIF KEWANGAN
  1. Had maksima pemberian bantuan adalah sebanyak RM15,000.00 sahaja. 
  2. Bagi permohonan Insentif Kewangan, BBK dan universiti hanya boleh mengulangi permohonan dalam tempoh DUA (2) tahun selepas permohonan pertama diluluskan.
  3. Tarikh akhir bagi permohonan Insentif Seni-Kewangan yang terkini bagi tahun 2019 adalah pada 16 Oktober 2019. 
  4. Skop Bantuan Kewangan:
i. Pembangunan kandungan (contoh: skrip, penerbitan)
ii. Pembangunan kapasiti (contoh: bengkel, latihan)
iii. Penyelidikan dan Pembangunan (contoh: kajian adat dan budaya, seni persembahan)
iv. Produksi (contoh: persembahan teater, tari, muzik)
v. Program jangkauan (outreach) (contoh: program di sekolah sekolah, komuniti)
vi. Pembentangan kertas kerja berkaitan seni budaya di persidangan, forum, konvensyen, majlis ilmu yang berprestij di luar negara
vii. Menyertai pertandingan dan festival berprestij di luar negara yang berkaitan seni dan budaya 
 
* Insentif Kewangan tidak boleh digunakan untuk pengurusan dan pentadbiran BBK dan tidak boleh digunakan untuk pembelian aset.
 

SYARAT TAMBAHAN PERMOHONAN INSENTIF SENI – INSENTIF KEWANGAN:

Pihak Yang Layak Diberi Pertimbangan

Pihak Yang Tidak Layak Diberi Pertimbangan

  1. Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 atau berdaftar dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974.
  2. Pendaftaran yang masih sah pada tarikh permohonan.
  3. Mempunyai kumpulan sasar pelbagai kaum
  4. BBK yang menganjurkan program/aktiviti yang akan memberi manfaat/impak kepada kumpulan sasar.
  5. Pemohon perlu mengisi borang permohonan dengan lengkap dan menyertakan salinan pendaftaran ROS atau AUKU, dokumen sokongan yang disahkan, dicap dan ditandatangani oleh Pengerusi/Timbalan Pengerusi/Setiausaha/Bendahari Persatuan dan Salinan penyata akaun Persatuan yang disahkan, dicapkan dan ditandatangani oleh pegawai bank.
  6. Pemohon WAJIB mendapatkan ulasan Pengarah JKKN Negeri mengikut negeri persatuan di daftarkan.
  1. Tidak berdaftar dengan mana-mana Pendaftar yang diiktiraf atau mana-mana badan Kerajaan yang diberi kuasa melalui undang-undang negara.
  2. Pertubuhan politik dan orang perseorangan. (yang bertujuan keuntungan).
  3. BBK yang telah dibatalkan pendaftarannya pada tarikh permohonan dibuat.
  4. Borang permohonan dan dokumen sokongan yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan anda DITOLAK.
  5. Permohonan selepas 17 Oktober 2019 akan DITOLAK dan tidak akan dinilai.

CARA MEMOHON:

  1. Mendapatkan borang di pejabat JKKN seluruh negara atau dimuat turun daripada laman rasmi JKKN iaitu www.jkkn.gov.my.
  2. Mengisi borang dan menyediakan dokumen lengkap termasuk kertas kerja dan dokumen sokongan seperti di dalam senarai semak.
  3. Bagi program dalam negara - Permohonan perlu dihantar tidak lewat daripada 30 hari dari tarikh pelaksanaan program dan tarikh penerimaan permohonan oleh urus setia Jawatankuasa Insentif Seni.
  4. Bagi program/aktiviti bersifat antarabangs - Permohonan perlu dihantar tidak lewat daripada 90 hari sebelum tarikh program dan tarikh penerimaan permohonan oleh urus setia Jawatankuasa Insentif Seni
  5. Permohonan perlu dihantar ke:
    Urus Setia Jawatankuasa Insentif Seni
    Bahagian Pengukuhan Seni dan Budaya
    Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
    Aras 30, Menara TH Perdana
    Lot 1001, Jalan Sultan Ismail
    50250 KUALA LUMPUR
    Tel: 03 2614 8200 samb. 8233/8298
    No.Faks: 03 2697 1066
  6. Tajuk emel/surat: PERMOHONAN INSENTIF SENI - KEWANGAN JKKN DARIPADA (NAMA PERSATUAN/PERTUBUHAN) BAGI (NAMA PROGRAM/AKTIVITI)]

Nota:

* Permohonan selepas 17 Oktober 2019 akan DITOLAK dan tidak akan dinilai oleh ahli mesyuarat.
* Jadual mesyuarat adalah tertakluk kepada keadaan semasa. Sebarang perubahan mesyuarat akan dimaklumkan di laman sesawang JKKN.
* Penyaluran Insentif Kewangan Ke BBK atau persatuan seni budaya universiti adalah sekurang-kurangnya dua (2) minggu selepas keputusan mesyuarat.
 
Kemaskini pada 10 Oktober 2019.