Insentif Seni JKKN

 

INSENTIF SENI JKKN 2021
 
Insentif Seni JKKN merupakan penjenamaan beberapa bentuk bantuan dan perkhidmatan sedia ada yang disediakan oleh JKKN kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) seni budaya dan penggiat seni budaya bagi menambah upaya mereka untuk melaksanakan program dan aktiviti berkaitan seni budaya.
 
JKKN menawarkan empat (4) insentif kepada NGO dan penggiat seni di dalam membangunkan dan mengembangkan seni budaya. Berikut adalah insentif-insentif yang ditawarkan;
     i. Insentif Seni Kewangan
     ii. Insentif Seni Ruang
     iii. Insentif Seni Kepakaran
     iv. Insentif Seni Promosi
 
OBJEKTIF
 
     i. Menggalakkan pembangunan kandungan tempatan dan produk seni budaya;
     ii. Menggalakkan penghasilan karya dan produk seni yang berkos rendah tetapi berimpak tinggi;
     iii. Membangunkan bakat dan meningkatkan kemahiran dalam bidang seni budaya; 
     iv. Menjadikan kompleks JKKN sebagai pusat sehenti program dan aktiviti seni budaya;
     v. Memperkasakan NGO dan penggiat seni melalui khidmat nasihat dan tunjuk ajar;
     vi. Membantu menghebahkan program dan aktiviti seni budaya anjuran NGO dan penggiat seni; dan
     vii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan masyarakat mengenai seni dan budaya.
 
 
1. Insentif Seni Kewangan
 
     1.1 Bantuan kewangan berupa modal permulaan (seed money) untuk menampung sebahagian kos program dan aktiviti.
 
     1.2 Had maksima pemberian bantuan adalah sebanyak RM15,000.00 sahaja.
 
     1.3 Permohonan hanya terbuka kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) mengikut Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 atau berdaftar dengan Akta Universiti dan             Kolej Universiti di bawah Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM).
 
     1.4 Berikut adalah skop program dan aktiviti yang akan dipertimbangkan untuk bantuan;
          1.4.1 Pembangunan Kandungan 
          1.4.2 Pembangunan Kapasiti dan Sidang Keilmuan 
          1.4.3 Penyelidikan dan Pembangunan Seni Budaya 
          1.4.4 Pembangunan Modal Insan Seni 
          1.4.5 Program Jangkauan (outreach) 
     1.5 Permohonan bagi Insentif Kewangan JKKN tahun 2021 dibuka sebanyak tiga (3) kali iaitu: 
          i. Permohonan Sesi I (Buka & Tutup) : 22 Februari – 8 Mac 2021
          ii. Permohonan Sesi II (Buka & Tutup) : 31 Mei – 14 Jun 2021
          iii. Permohonan Sesi III (Buka & Tutup) : 27 September – 11 Oktober 2021
 
     1.6 Mesyuarat Jawatankuasa Insentif Seni-Kewangan JKKN diadakan tiga (3) kali setahun bagi menilai dan meluluskan permohonan daripada BBK.
 
     * Sila rujuk GARIS PANDUAN PERMOHONAN INSENTIF SENI KEWANGAN JKKN 2021_FEB2021(01), BORANG PERMOHONAN DAN SENARAI SEMAK di bawah.
 
 
 
2. Insentif Seni Ruang
 
     2.1 Insentif seni ruang berupa kebenaran penggunaan ruang di kompleks JKKN oleh penggiat seni dan NGO seni budaya bagi pelaksanaan program dan aktiviti seni budaya secara kerjasama.
 
     2.2 Bentuk program dan aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah;
 
          2.2.1 persembahan dan pertandingan berkaitan seni budaya; 
          2.2.2 program keilmuan berkaitan seni budaya;
          2.2.3 bengkel dan Latihan seni budaya; dan
          2.2.4 pertemuan dan mesyuarat oleh NGO seni budaya.
 
     2.3 Pemohon menghantar surat rasmi ke Pengarah JKKN negeri berkenaan (mengikut lokasi negeri tempat dan ruang yang hendak digunakan).
 
     * Sila rujuk GARIS PANDUAN INSENTIF SENI RUANG 2021_FEB2021(01) di bawah.
 
 
3. Insentif Seni Kepakaran
 
     3.1 Insentif berupa khidmat nasihat, tunjuk ajar dan panduan oleh pegawai JKKN dan artis budaya yang mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam bidang seni budaya kepada penggiat seni dan NGO seni budaya.
 
     3.2 Bidang-bidang seni dan budaya yang akan dibantu ialah;
 
          3.2.1 Teater
               • Pengarahan
               • Sinografi
               • Lakon
               • Pembuatan Props dan Set
          3.2.2 Tari
               • Koreografi
               • Tata Rias
               • Pembuatan/ Pemakaian Busana
          3.2.3 Muzik
               • Komposisi
               • Alat Muzik
               • Vokal
          3.2.4 Teknikal
               • Sistem Bunyi
               • Sistem Pencahayaan
               • Pereka
          3.2.5 Pengurusan dan Acara
               • Produksi
               • Pengurusan Pentas
               • Pengurusan Acara
               • Kewangan
               • Kertas Kerja
          3.2.6 Penyelidikan
               • Maklumat Seni Budaya
               • Metodologi
               • Pemetaan Budaya
               • Pemudahcara
 
     3.3 Cara Memohon:
 
          3.3.1 Pemohon menghantar surat rasmi ke Ketua Pengarah JKKN atau Pengarah JKKN negeri bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran daripada pegawai atau artis budaya JKKN. Tajuk surat,                                               “PERMOHONAN BAGI KHIDMAT NASIHAT DAN KEPAKARAN (NAMA PROGRAM/PERKARA) MELALUI INSENTIF SENI-KEPAKARAN”
 
          3.3.2 Pemohon juga boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran daripada pegawai atau artis budaya JKKN secara terus dengan menghubungi terus pegawai atau artis budaya yang dikehendaki.
 
 
          3.3.3 Pegawai atau artis budaya JKKN yang dihubungi terus oleh pemohon perlu memaklumkan kepada Ketua Pengarah atau Pengarah JKKN negeri / Bahagian mengenai khidmat nasihat yang telah dan akan diberikan.
 
 
4 Insentif Seni Promosi
 
     4.4 Insentif berupa bantuan untuk menghebahkan dan mempromosikan produk dan program seni budaya penggiat seni, NGO dan syarikat seni melalui medium digital dan media sosial JKKN.
 
     4.5 Pegawai Unit Komunikasi Korporat JKKN juga menyediakan khidmat nasihat dan panduan bagi cara-cara dan kaedah bagi mempromosikan program/aktiviti, cara-cara pelaksanaan sidang media dan temubual di TV &               Radio.
 
     4.6 Cara-cara memohon:
 
 
          4.6.1 Pemohon perlu menghantar surat permohonan kepada Ketua Pengarah JKKN atau Pengarah, JKKN Negeri. Tajuk surat, “PERMOHONAN BAGI MEMBANTU MEMPROMOSIKAN (NAMA PROGRAM/AKTIVTI)                          MELALUI INSENTIF SENI-PROMOSI JKKN”
 
          4.6.2 Pemohon perlu menyertakan kertas kerja program dan salinan lembut (softcopy) bahan promosi seperti poster program.
 
          4.6.3 Pengarah JKKN Negeri atau Pengarah Bahagian di ibu pejabat akan membuat ulasan, syor dan sokongan bagi semua permohonan insentif promosi. 
 
          4.6.4 Bahan promosi yang diluluskan oleh Ketua Pengarah JKKN akan disiarkan di laman web dan media sosial JKKN sehingga program selesai.
 
 
Bagi maklumat dan pertanyaan lanjut mengenai insentif-insentif yang ditawarkan oleh JKKN, pemohon boleh menghubungi;
 
Urus Setia Jawatankuasa Insentif Seni
Bahagian Pengukuhan Seni dan Budaya (PS&B)
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
Aras 30, Menara TH Perdana
Lot 1001, Jalan Sultan Ismail
50250 KUALA LUMPUR
 
No. Telefon: 03 2614 8200 samb. 8264 / 8233 - En. Mohd. Zuhairi/ 8293 - Cik Khayethtri
 
No.Faks: 03 2697 1066