Iftar@KL 2016 pikat pelancong asing

Gambar: PELANCONG dari Ukraine, Andrii Saklakov tidak melepaskan peluang menikmati juadah berbuka puasa sempena Program Iftar@KL 2016.
 

Kuala Lumpur: Program 2016 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) bukan sahaja menyemarakkan Ramadan dalam kalangan umat Islam malah memikat pelancong asing untuk mengenali dekat budaya agama itu.

Program kali kelima dianjurkan itu berjaya menarik pengunjung antarabangsa yang berada di Kuala Lumpur untuk bersama-sama berbuka puasa serta melihat sendiri budaya masyarakat Islam negara ini menyambut Ramadan.

Pelancong Australia, Mc Colllin, 38, berkata, berbuka puasa bersama penduduk tempatan di Kuala Lumpur merupakan pengalaman pertamanya dan menyatakan Malaysia mempunyai masyarakat yang peramah.

“Di negara saya juga ada penduduk Islam tetapi ini kali pertama saya berbuka puasa bersama dan melihat sendiri seorang lelaki (bilal) melaungkan azan di atas pentas sebagai tanda boleh makan (berbuka).

“Saya teruja dengan budaya Islam di Malaysia dan layanan penduduk Kuala Lumpur terhadap kami (pelancong asing) seperti satu keluarga,” katanya.-Harian Metro

Akhbar: 
Harian Metro
Publish date: 
Monday, June 13, 2016