Festival Tari Malaysia di Penang Times Square

JABATAN Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang akan menganjurkan Festival Tari Malaysia peringkat negeri di Penang Times Square di sini, 11 Oktober ini.

   

Pengarah JKKN Pulau Pinang, Mohd Rizal Ismail berkata, penyertaan dibuka kepada mereka yang berumur 16 hingga 35 tahun dan terbahagi kepada dua kategori iaitu tradisional dan tarian jalanan.

   

"JKKN menjemput karyawan tempatan terutama kumpulan baharu untuk menampilkan bakat masing-masing dengan penyertaan setiap pasukan tidak melebihi 15 orang," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

   

Beliau berkata tarikh tutup penyertaan 11 Oktober ini dan kumpulan yang ingin bertanding perlu menyediakan sinopsis mengenai sejarah penubuhan kumpulan, pereka tari, pemuzik, konsep serta tema tarian.

   

Pertandingan itu menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM4,400 dan hanya terhad kepada 10 pasukan bagi setiap kategori.

   

Masuk adalah percuma dan borang penyertaan boleh didapati di pejabat JKKN. - Bernama

Akhbar: 
Sinar Harian
Publish date: 
Thursday, October 2, 2014