Bengkel Kemahiran Seni 2

BENGKEL Bengkel Kemahiran Seni 2: Gubahan Sireh Junjung yang bertujuan mengenengahkan kemahiran menggubah sireh junjung secara tradisional di Dewan Seminar Hotel Seri Malaysia Johor Bahru, pada 23 April ini, jam 8.30 pagi hingga 5 petang.



Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor, Abdul Hamid Muhamad, berkata program anjuran jabatan itu akan membantu peserta mendalami ilmu pemikiran kreatif dalam menghasilkan produk seni berkualiti, sekali gus dapat menjana kemajuan industri kecil dan sederhana berasaskan produk seni dan budaya.

 

“Ia dapat memberi pulangan dalam bentuk ekonomi kepada pertubuhan sukarela kebudayaan, penggiat atau aktivis seni budaya bagi meningkatkan lagi hasil produktiviti bermutu tinggi,” katanya.

 

Penggiat seni dan individu yang berminat untuk menyertai program ini boleh berhubung dengan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Johor, di Tingkat 13, Bangunan KOMTAR, Jalan Wong Ah Fook, Johor Bahru atau hubungi 07-2248270 atau 019-7047955.

 

 


Akhbar: 
Berita Harian
Publish date: 
Monday, April 18, 2011