Bazar Seni cari bakat terpendam

  • Bazar Seni cari bakat terpendamPermainan gasing turut diketengahkan pada Bazar Seni di JKKN Kuala Ibai, Kuala Terengganu.
 1 / 1 

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu akan mengetengahkan Bazar Seni sepanjang tahun bagi mencari bakat terpendam dalam kalangan masyarakat.

Pengarahnya, Hazrym Izuddin Mohd Khairy berkata, Bazar Seni akan diadakan lebih kurang 10 kali setahun agar dapat mencungkil bakat baharu dalam kebudayaan dan kesenian.

"Setiap tahun kita adakan 10 projek Bazar Seni dan orang ramai berpeluang mengenali kompleks seni yang sudah lama wujud di Kuala Ibai, di sini.

"Bazar Seni juga dapat membantu peniaga terutama usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) mencari pendapatan tambahan dengan menyertai gerai percuma yang disediakan," katanya kepada Sinar Harian sempena Bazar Seni di JKKN, di sini.

Menurutnya, JKKN Terengganu sedia membantu peminat seni di negeri ini mengetengahkan bakat mereka melalui pelbagai pertandingan seperti tarian, muzik jalanan, nyanyian dan sebagainya.

Katanya, mereka yang berjaya akan diberi pengiktirafan selaku pemenang dan orang ramai digalakkan menonjolkan bakat seni mereka supaya lebih ramai penggiat seni dapat dilahirkan di negeri ini.

"Bagaimanapun penerimaan masyarakat Terengganu terhadap dunia seni agak berkurangan berbanding negeri pantai timur lain. Mungkin kerana budaya masyarakat yang masih kurang berminat dengan aktiviti seni.

 

 

Akhbar: 
Sinar Harian
Publish date: 
Saturday, May 23, 2015
Kemas kini terakhir: 13 September 2019, 09:17pm
Facebook JKKN Instagram JKKN Youtube JKKN Twitter JKKN RSS JKKN