Bazar Industri Kreatif bertema 'Remaja'

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN) mengadakan Bazar Industri Kreatif yang bertemakan "Remaja" di pekarangan Pasar Seni di sini mulai hari ini sehingga esok.

   

Seramai 20 usahawan menyertai program itu dan menjual barangan khususnya buat golongan remaja antaranya, produk seni, kraftangan, kaligrafi, alat muzik dan barang percetakan seni.  

   

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program itu antaranya pertunjukan Drum Circle, pertandingan Karaoke Gen-Y dan persembahan Wayang Kulit bertemakan 'Peperangan Bintang Starwars'.

   

Orang ramai dijemput hadir ke Bazar Industri Kreatif yang bermula pada pukul 11 pagi hingga 10 malam di pekarangan Pasar Seni Kuala Lumpur.

   

Untuk keterangan lanjut sila layari laman web www.jkkn.gov.my atau hubungi 03-41498600. - Bernama

Akhbar: 
BERNAMA
Publish date: 
Saturday, November 22, 2014