Program ini menyemarak dan memelihara seni budaya disamping memaparkan keunikan Gendang Sarawak. Aktiviti seni budaya yang dizahirkan melalui festival ini juga berupaya menjadi sebahagian daripada tarikan pelancongan. Festival ini menyerlahkan pengisian seni budaya yang menarik dan unik melalui acara-acara utama dan aktiviti-aktiviti sokongan.