400 hadir ke persembahan Mak Yong

 

Persembahan Mak Yong sempena Eksplorasi Mak Yong: Siri Jelajah Kijang Emas Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara 2012 di Bangunan UMNO Pekan, kelmarin.

PEKAN 20 Mei - Kira-kira 400 orang hadir menyaksikan persembahan Mak Yong sempena Eksplorasi Mak Yong: Siri Jelajah Kijang Emas Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)2012 yang diadakan di Bangunan UMNO Pekan, di sini malam tadi.

 

Hadir sama menyaksikan persembahan yang berlangsung selama satu jam 45 minit itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ishak Muhamad.

 

Pegawai Perhubungan Awam JKKN negeri, Nur Ayzlinda Abu Bakar berkata, seramai 50 orang krew terlibat menjayakan persembahan Eksplorasi Mak Yong: Siri Jelajah Kijang Emas itu.

Akhbar: 
Utusan Malaysia
Publish date: 
Monday, May 21, 2012