2,000 naskhah Utusan Malaysia, Kosmo! diedar guna basikal

Sebahagian pelajar, guru dan kakitangan PPD Pekan yang terlibat dalam pengedaran akhbar Utusan dan Kosmo! sempena Jelajah Mak Yong Kijang Emas, bergambar di Pekan, Pahang, semalam.

PEKAN 17 Mei - Sebanyak 2,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! diedar menggunakan basikal di sekitar kampung dan bandar ini sempena Program Jelajah Mak Yong Kijang Emas Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN).

Pegawai Perhubungan Awam JKKN negeri, Nur Ayzlinda Abu Bakar berkata, seramai 60 orang yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pekan terlibat dalam pengedaran akhbar pada hari ini.

"Tujuan utama aktiviti ini diadakan adalah untuk menghebahkan program berkenaan kepada penduduk di sekitar Pekan dengan menaiki basikal ke kampung-kampung sambil mengedarkan naskhah akhbar secara percuma.

Akhbar: 
Utusan Malaysia
Publish date: 
Friday, May 18, 2012