INSENTIF SENI JKKN

INSENTIF SENI JKKN

LATARBELAKANG

Insentif Seni JKKN merupakan penjenamaan beberapa bentuk bantuan  dan perkhidmatan sedia ada yang disediakan oleh JKKN untuk BBK dan penggiat seni budaya bagi menambah upaya BBK dan penggiat seni untuk melaksanakan program dan aktiviti berkaitan seni budaya.

OBJEKTIF

  1. Memberi sokongan, dorongan dan galakan kepada penggiat seni untuk menghasilkan karya yang berkos rendah tetapi berimpak tinggi
  2. Memberi peluang kepada penggiat seni dari pelbagai cabang seni dan pelbagai kaum untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni budaya
  3. Membina jaringan kerjasama dengan penyedia tempat persembahan bagi memberi peluang untuk penggiat seni berkarya

KRITERIA UMUM PERMOHONAN INSENTIF SENI

  1. Mempunyai visi, idea  dan konsep yang jelas dan mapan
  2. Mempunyai butiran terperinci aktiviti / program berserta anggaran kos yang relevan
  3. Kepentingan masyarakat atau sekurang-kurangnya untuk komuniti seni
  4. TIDAK menyentuh sensitiviti kaum dan agama dan bersifat provokatif  serta boleh mengancam keselamatan negara
  5. Pemohon perlu menunjukkan kaliber  yang meyakinkan untuk menjalankan aktiviti berkenaan.
  6. Aktiviti yang dirangka perlu menyatakan potensi pulangan bagi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara

JENIS-JENIS INSENTIF

  1. Insentif Kewangan
  2. Insentif Ruang
  3. Insentif Kepakaran
  4. Insentif Promosi
  5. Memudahcara Bantuan Pihak Lain

Untuk membuat permohonan, sila muat turun borang dan senarai semak dibawah dan emelkan kepada Bahagian Pengukuhan Seni Dan Budaya JKKN (psnb@jkkn.gov.my)