Archive

June 25th, 2011

FMKL meriahkan 2011

Festival itu akan berlangsung 1 hingga 3 Julai di Panggung Sari, Istana Budaya dengan menampilkan pelbagai kelainan yang cuba ditonjolkan FMKL kali ke-7.

 

Pengunjung bakal dihiburkan dengan lima pengisian utama bagi festival tersebut yang merangkumi konsert utama, konsert terbuka di Laman Beringin, pertandingan muzik, seminar muzik dan jualan serta pameran produk muzik.

 

Undefined

June 15th

120 aktiviti sempena FMKL

Norliza menandatangani poster FMKL 2011 sambil diperhatikan MohamedJuhari (kanan)

Pesta bertemakan Kembara Muzik Klasik Kontemporari berlangsung sebulan bermula 1 Julai

Himpunan pelbagai muzik dan seni bakal menggamatkan Festival Muzik Kuala Lumpur (FMKL) 2011 yang berlangsung selama sebulan 1 Julai ini dengan tema Kembara Muzik Klasik Kontemporari sebagai platform membudayakan seni tempatan dan antarabangsa dalam satu acara.

 

Undefined

June 12th

June 10th

FMKL janji kelainan

BERTEMAKAN 'Kembara Muzik: Klasik ke Kontemporari’, pengisian Festival Muzik KL 2011 (FMKL) yang masuk tahun ketujuh penganjurannya menjanjikan pelbagai kelainan sekali gus menyemarakkan lagi acara tahun ini.

 

Festival yang memartabatkan bidang muzik tanah air ini bakal berlangsung di pentas berprestij, Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur pada 1 hingga 3 Julai ini.

 

Undefined

June 8th

Wacana Siri Bercakap Dengan Jin

IPOH 7 Jun - Wacana Siri Bercakap Dengan Jin akan diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak di sini pada 20 Jun ini pukul 8 pagi hingga 5 petang.


Pengarah JKKN Perak, Abdul Mutalib Abdul Rahman berkata, wacana itu akan menampilkan sembilan tokoh penulis yang akan mengupas apa itu Siri Bercakap Dengan Jin sebagai karya kreatif Melayu tersohor dan memperkenalkan penulis Tamar Jalis yang sering menulis kisah tersebut.

 

Undefined

Pages