Archive - 2011

September 14th

Sektor Korporat Turut Gemakan Merdeka

Bangunan-bangunan di Lembah Klang terhias indah dengan bendera dan bermandi cahaya pada sebelah malam sempena sambutan ulang tahun Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, yang kali ini diraikan serentak pada 16 Sept.

Sambutan ulang tahun ke-54 Merdeka dan ulang tahun ke-48 Malaysia ini juga ditonjolkan melalui pelbagai iklan atau hiasan lain termasuk sepanduk yang memaparkan tema sambutan kali ini 'Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'.

Selain sektor awam, entiti korporat termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) turut serta dalam menyemarakkan sambutan.

Undefined

September 12th

Pesta Gong Antarabangsa 2011 Bakal Menyaksikan Penyertaan Brunei, Indonesia

Pesta Gong Antarabangsa 2011 yang akan diadakan di Pusat Redeems, Kampung Apar dekat sini dari 18 hingga 20 Nov ini bakal menyaksikan penyertaan kumpulan antarabangsa dari Brunei dan Indonesia selain tuan rumah Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan dan Terengganu.

Pemangku pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak Saini Lihi berkata pesta tersebut, anjuran JKKN Sarawak dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia, dapat menjadi platform kepada tokoh serta penggiat muzik tempatan dan antarabangsa bagi mewujudkan interaksi jaringan antarabangsa.

Undefined

September 7th

Pertandingan Cipta Lagu dan Nyanyian Solo Lagu Patriotik Makum

 

TANJONG MALIM, 7 September 2011 - Bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-54, Universiti Pendidikan Sultan Idris Dengan Kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) Dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Akan Menganjurkan Pertandingan Cipta Lagu Dan Nyanyian Solo Lagu Patriotik Makum 2011.

 

Undefined

September 3rd

August 17th

Nikmat Kemerdekaan Tidak Kekal Jika Berpecah - MB Perlis

Kangar, 17 Ogos -- Nikmat kemerdekaan tidak kekal seandainya rakyat memilih untuk berpecah - belah dan tidak menghargai keharmonian, kata Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

 

Sehubungan itu, beliau berharap setiap rakyat yang cintakan negara mempertahankan perpaduan yang sedia wujud selain sentiasa menyokong kerajaan yang mentadbir negara ini.

 

Berucap pada majlis "Jasamu dikenang" anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Perlis malam tadi, beliau berkata sejarah membuktikan tindakan demostrasi tidak dapat menyelesaikan masalah.

 

Undefined

Pages