Archive - 2011

October 14th

Pesta Gong Antarabangsa Sarawak 2011 Dijangka Tarik 5,000 Pengunjung

Bau,14 Okt – Pesta Gong Antarabangsa Sarawak 2011 yang diadakan di sini pada 18 – 20 Nov ini, dijangka menarik 5,000 pengunjung, kata Menteri Muda Perkhidmatan Masyarakat Sarawak Datuk Peter Nansian.

Beliau juga yakin program itu dapat menjadi tarikan pelancongan, khasnya di luar bandar selain menyemarakkan aktiviti berkenaan pada kalangan masyarakat pelbagai kaum dan peringkat umur.

Undefined

October 7th

Ghazal 24 jam di Johor Bahru

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kerajaan Johor akan menganjurkan program "Sounds of Johor" yang turut melibatkan persembahan ghazal selama 24 jam untuk dicatat dalam Malaysia Book of Records.

Undefined

September 25th

Mandi Keris Tarik Pengunjung

(Pakar keris, Hamzah Mohamad menunjukkan demonstrasi mandi keris.)

MELAKA 24 Sept. – Orang ramai yang berkunjung ke Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Banda Hilir di sini hari ini berpeluang menyaksikan upacara mandi keris sempena Festival Hang Tuah yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta Perbadanan Muzium Melaka.

Undefined

September 24th

Golongan Muda Wajar Contohi Pahlawan Melayu Hang Tuah

MELAKA 24 Sept. – Generasi muda hari ini disaran mencontohi pahlawan Melayu, Hang Tuah yang memiliki personaliti unggul, bijaksana dan daya kepimpinan sehingga berjaya mengangkat kegemilangan Melaka ke peringkat dunia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, penguasaan Hang Tuah dalam ilmu agama, persilatan dan kebolehannya menguasai pelbagai bahasa membantu meningkatkan hubungan diplomatik Melaka dengan negara luar.

Undefined

Contohi kepahlawanan Hang Tuah

Pages